http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410072720/Article/index_html
10/4/08
MERSING: Seramai 240 peneroka peringkat ketiga Felda Endau, dekat sini meminta pengurusan Felda membayar segera wang lebihan kelapa sawit sebanyak RM430,000 atau perkara itu akan dilaporkan kepada polis. Peneroka berkenaan mendakwa wang itu adalah hutang yang perlu dilangsaikan pengurusan Felda berikutan tidak membuat pembayaran sewajarnya bagi harga buah kelapa sawit. Mereka mendakwa Felda hanya membayar RM240 bagi buah kelapa sawit untuk kebun kelapa sawit seluas satu setengah hektar sedangkan ia mampu mengeluarkan lebih satu tan buah.
Harga itu kata mereka jauh lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM700 satu tan selepas ditolak upah angkut dan pemotongan kira-kira RM30 satu tan. Malah, peneroka terbabit mendakwa ada peneroka yang mengusahakan sendiri tanaman berkenaan memperoleh lebih RM1,000 berbanding mereka yang menyerahkan kepada pengurusan Felda berkenaan. Wakil peneroka berkenaan, Mohd Noer Mahmud, 53, berkata sebelum pilihan raya, beliau menemui pengurusan Felda untuk mendapatkan penjelasan mengenai harga kelapa sawit berkenaan.
Beliau berkata, pengurusan berkenaan memberitahunya lebihan bayaran akan dibuat selepas pilihan raya lalu. "Sebaik saja pilihan raya selesai, saya menemui pengurusan Felda berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. "Tetapi jawapan yang diberikan tidak munasabah iaitu mereka mendakwa Felda berkenaan mengalami kerugian menyebabkan wang lebihan berkenaan tidak dapat diberikan," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Khamis, 10 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan