BH 21/4/08
KOTA TINGGI: Seramai 498 anak peneroka di empat tanah rancangan Felda, iaitu Felda Pasir Raja, Sungai Sayong, Bukit Besar dan Bukit Ramun, di sini gembira apabila permohonan yang dibuat kira-kira empat tahun lalu untuk memiliki tanah lebihan di Felda terbabit akhirnya diluluskan kerajaan negeri, baru-baru ini. Pengurniaan tanah itu sekali gus memberi peluang kepada generasi kedua itu meneruskan usaha memajukan tanah rancangan yang sebelum ini dilakukan ibu bapa mereka sebagai peneroka pertama. Tanah yang ditetapkan hanya untuk membina rumah kediaman itu berkeluasan antara 185 meter persegi dan 370 meter persegi.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata mereka yang layak dan terpilih menerima tanah itu mesti bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak semua permohonan diterima. “Kita menerima lebih 1,000 permohonan daripada generasi kedua di keempat-empat tanah rancangan itu. Bagaimanapun, keluasan tanah yang terhad menyebabkan hanya sebahagian permohonan yang diluluskan. “Saya berharap Pejabat Tanah Daerah dengan kerjasama Felda dapat mengenal pasti jika ada lagi kawasan tanah sesuai dan bersifat ekonomikal untuk dikurniakan kepada anak peneroka yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Undian Tanah Penempatan Generasi Kedua di Felda Bukit Besar, di sini baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Tadbir Tanah Daerah, Azmi Rohani dan 68 orang anak generasi kedua Felda itu untuk mencabut undi kedudukan tanah dan menerima borang nota bayaran (borang 5A). Sementara itu, Azmi dalam sesi dialog bersama penerima tanah berkata, selepas menerima borang 5A, Pejabat Tanah Daerah memberi masa tiga bulan untuk pemilik membayar duit premium yang dianggarkan antara RM2,000 dan RM3,000 seorang. Beliau berkata, selepas bayaran dibuat, geran hak milik akan terus diberikan dan pemiliknya boleh terus membuat perancangan untuk membina rumah.
“Jangan sesekali ada yang cuba menjualnya kepada pihak lain. Pejabat Tanah sama sekali tidak membenarkan tindakan itu selaras undang-undang dan kanun tanah negara,” katanya.

1 ulasan:
salam...
sy anak peneroka generasi kedua felda sungai mas...ada inisiatif yg dilakukan oleh generasi kedua di sini utk mendapatkan permohonan rumah di tanah rezab rancangan kami..bancian dibuat melalui borang yang diberikan..namun terdapat kemusykilan di sini...borang perlu disertakan duit proses sebanyak rm10...sefaham sy...borang itu hanya bancian kepada mereka yg belum memiliki rumah...utk apa duit tue...persatuan ini belum didaftarkan lagi...malah permohonan belum melalui tanah rancangan felda dan pejabat tanah berkaitan.....boleh sy tau proses bagaimana generasi kedua 4 rancangan (Felda Pasir Raja, Sungai Sayong, Bukit Besar dan Bukit Ramun) mendapatkan rumah...sy takut kami diambil kesempatan....trima kasih
Catat Ulasan