Khamis, 10 April 2008

“Mengarutlah….mana ada”

http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_34abd4c2-3132372e-1e2e8cc0-1b30d300

9/4/2008

Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz kata,” mengarutlah…mana ada”, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr Fuad Zarkashi sendiri hairan mendengarnya manakala Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Datuk Shahrir Samad berkata perkara itu tidak timbul langsung. Ketiga-tiga Ketua UMNO Bahagian dari Johor itu secara berasingan mengulas laporan sebuah akhbar Singapura dan sebuah laman web berita tempatan yang mendakwa 20 dari 26 Ketua UMNO Bahagian dari negeri Johor sepakat mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bercuti dan menyerahkan pentabiran kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Kata sepakat itu didakwa dicapai dalam satu pertemuan antara mereka beberapa hari lalu.
Mohamad Aziz dan Dr Fuad menafikannya ketika dihubungi Agendadaily petang Rabu manakala Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberitahu demikian kepada para wartawan di pejabatnya di Putrajaya. Mereka sekata bahawa satu-satunya pertemuan yang dihadiri oleh semua Ketua UMNO Bahagian yang terbaru ialah semasa mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor Sabtu lalu dimana tidak ada perkara seumpama itu timbul atau dibincangkan. Sebaliknya, menurut Mohamad Aziz dan Dr. Fuad, UMNO Johor hanya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jumaat ini.- 9/4/2008

Tiada ulasan: