Khamis, 10 April 2008

Shahrir nafi laporan Umno Johor lulus resolusi minta PM berundur

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080409191959/Article/index_html

19:19 9/4/2008

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, hari ini menafikan laporan akhbar Business Times Singapura kononnya mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor, Sabtu lalu membuat resolusi meminta Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berundur secara terhormat. Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru berkata, beliau terkejut dengan laporan akhbar itu yang turut mendakwa resolusi itu akan disampaikan kepada Abdullah esok kerana mesyuarat berkenaan tidak membuat sebarang keputusan. "Apa yang saya tahu tak ada rumusan khusus meminta Perdana Menteri berundur...tak ada resolusi, kita tidak membuat keputusan, kita juga tidak membuat apa-apa resolusi yang hendak disampaikan kepada Presiden parti," katanya pada sidang media di sini.

Tiada ulasan: