Rabu, 9 April 2008

Umno Muar adakan EGM

Malaysiakini.com
Apr 9, 08 10:14pm

Umno Bahagian Muar akan mengadakan mesyuaratagung khas perwakilan bagi membincangkan pelbagai isu dalaman parti bagi memenuhi permintaan sebahagian besar ahli jawatankuasa Umno bahagian Berkenaan. Ketuanya, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah bersetuju memenuhi permintaan itu hasil pertemuannya dengan AJK bahagian berkenaan, Zakaria Mahadi di Muar hari ini.Awal bulan ini, 84 daripada 133 cawangan Umno di bahagian itu bersetuju EGM diadakan untuk membincangkan beberapa isu tentang parti selepas prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Ia kemudiannya disokong oleh 26 daripada 33 ahli jawatankuasa bahagian yang menandatangani persetujuan meminta bahagian mengadakan mesyuarat agung khas dalam tempoh 14 hari mulai 1 April lepas. Antara isu yang akan dibincangkan, termasuklah cadangan menghapuskan kuota pencalonan 30 peratus bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan agung akhir tahun ini. Kahar gembira Bernama memetik Zakaria yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang, sebagai berkata, Mohd Ismail meminta agar EGM tersebut ditangguhkan sehingga beliau kembali dari Hong Kong pada 16 April ini. "Datuk Mohd Ismail juga akan bertemu dengan anak bekas Pengerusi Tetap Umno, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman secepat mungkin untuk memanggil mesyuarat jawatankuasa khas bahagian bagi membincangkan perkara tentang EGM," katanya kepada pemberita di mUar hari ini. Kadar Shah merupakan penggerak utama di sebalik usaha meminta Umno Bahagian Muar mengadakan EGM. Sementara itu, Kadar gembira kerana cadangannya itu dipersetujui. Dalam mesyuaratnya pada 5 April lalu, badan perhubungan Umno Johor memutuskan tidak akan menghalang mana-mana bahagian mengadakan EGM kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan Umno.
Sebelum ini, Umno Gua Musang telah mengadakan EGM untuk membincangkan isu yang sama serta mencadangkan beberapa pindaan perlembaaan parti itu.
Manakala Umno bahagian Cheras pula telah memutuskan untuk mengadakan EGM pada 27 April depan.

Tiada ulasan: