Khamis, 8 Mei 2008

(PULAI) Penganjur jawab kenyataan Nur Jazlan

http://www.malaysiakini.com/news/82510

Jimadie Shah Othman | May 8, 08 12:24pm
Ketua Umno cawangan Danga, Mohd Yunos Malek terperanjat dan kesal dengan kenyataan Ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membidas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin kerana turun padang merasmikan program percambahan minda 2008 anjuran cawangan tersebut hujung minggu lalu.

"Seharusnya beliau (Nur Jazlan) perlu berterima kasih atas kesudian ahli Majlis Tertinggi hadir dan berbangga kerana peringkat akar umbi dalam bahagiannya mampu bertindak proaktif bagi mengembalikan semula keyakinan kepada Barisan Nasional (BN).

"Kami (pimpinan dan ahli di akar umbi) mengambil inisiatif mengadakan program ini semata-mata bertujuan untuk mencari rumusan konkrit punca kekalahan BN dan kaedah menenangkan hati rakyat dari akar umbi, melalui satu program yang tertib dan ilmiah iaitu bengkel dan sidang pleno," kata Mohd Yunos yang juga menjadi pengarah program itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Yunos yang juga pengerusi majlis permuafakatan akar umbi bahagian Pulai itu juga berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat politik atau mengejar populariti dengan menganjurkan program itu.

"Selepas pilihanraya umum yang lalu, dengan kemerosotan undi, kami rasa perlu ada rumusan secara ilmiah dibuat daripada hanya bercakap-cakap di warung kopi," katanya lagi.

Sebelum ini, Bernama memetik Nur Jazlan Mohamed sebagai kesal dengan tindakan Hamzah merasmikan program tersebut, yang menurutnya, diadakan tanpa restu Umno bahagian berkenaan.

Hamzah juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno. Menurut Bernama, Ia dihadiri oleh 15 orang ketua cawangan dan 100 ahli Umno bahagian Pulai.

Nur Jazlan mendakwa penganjur majlis itu mempunyai niat tersirat dengan cuba mencari populariti kerana pemilihan Umno peringkat bahagian dan cawangan akan berlangsung bermula Julai depan.

(SEGAMAT) Segamat hab ekonomi baru

BH 08/05/08

Oleh Paiman Selamat

Kedudukan strategik penghubung antara timur dan barat beri kelebihan untuk jana pembangunan di kawasan utara

SEGAMAT: Majlis Daerah Segamat (MDS) akan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) tidak lama lagi, sekali gus menjadikan kawasan di utara Johor ini sebagai hab ekonomi baru di negeri ini.

Pelbagai rancangan dan persediaan direncanakan bagi tujuan ini, Antara usaha keras yang dibuat, meningkatkan kebersihan dan mengindahkan bandar Segamat.



MDS juga meluluskan projek pembinaan pasar awam baru dua tingkat dengan perbelanjaan RM4 juta. Projek itu akan mula dibina 8 Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Ketua Whip MDS, Zakaria Auda, berkata untuk mencapai hasrat menjadi MDS sebagai MPS, semua pihak, termasuk pembayar cukai perlu bekerjasama dalam semua aspek.

Antara langkah awal, katanya, menceriakan bahagian tebing dan pesisiran Sungai Segamat dengan pelbagai projek yang dikenal pasti boleh menarik perhatian pelancong.

"Projek menceriakan sungai itu akan dilaksanakan di antara kawasan jambatan pertama dan jambatan kedua Segamat.

“Selain itu, Pangkalan Jesah tepi Sungai Segamat juga bakal dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi seperti trek pejalan kaki, tempat berehat, penyediaan landskap yang menarik, tempat memancing dan trek joging," katanya.

Hakikatnya, pembangunan Segamat ketika ini berjalan dengan sederhana, namun ia berpotensi dimajukan berikutan kedudukan strategiknya yang menjadi laluan perhubungan di antara negeri di pantai timur dan barat.

Rancangan menaik taraf jalan Tangkak-Segamat amat bertepatan sekali dalam usaha menyediakan laluan selesa dari Segamat ke Lebuh Raya Utara Selatan supaya daerah Segamat tidak terasing daripada pembangunan negeri.

Rancangan itu dijadikan antara keutamaan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berikutan kepentingannya sebagai pemangkin kepada pembangunan dan kegiatan ekonomi di utara Johor, sekali gus menseimbangkan kemajuan antara wilayah.

Segamat sebenarnya mempunyai kedudukan yang strategik kerana bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang selain empat daerah lain iaitu Muar, Tampin, Rompin dan Batu Pahat.

Pekan kecil seperti Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru dan Bandar Putra Segamat turut dibangunkan di kawasan berdekatan bandar Segamat sekali gus mendorong pertumbuhan penduduk bandar sehingga mencapai 100,000 orang.

Segamat berpotensi untuk menjadi hab pengangkutan penting seandainya pelabuhan darat yang wujud sejak 1996 dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Selain itu, terdapat dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar) yang turut menyuntik kepada kegiatan ekonomi di Segamat.

UiTM yang dibangunkan pada penghujung 1980-an terletak di Jementah dan mula beroperasi pada 1991 manakala Unitar yang dibina di selatan bandar Segamat pada penghujung 1990-an mula menerima penuntut pada 1998.

Keputusan menaik taraf MDS pastinya menggembirakan penduduk sekitar, yang pasti akan mendapat manfaat terutama dari segi kerancakan pertumbuhan ekonomi di kawasan utara Johor itu.

Penduduk Paya Pulai, Mohd Anuar Ibrahim, berharap kenaikan taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan sekali gus meningkatkan taraf kehidupan penduduk sekitar.

"Segamat yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Pahang sewajarnya dibangunkan seperti kerajaan membangunkan Iskandar Malaysia di selatan Johor," katanya.

Seorang lagi penduduk, Wakimon Amir, berkata orang ramai memang menunggu pengisytiharan MDS kepada MPS kerana perubahan itu akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berharap sebarang peningkatan taraf itu tidak akan membebankan penduduk dengan kenaikan cukai pintu atau bayaran letak kereta.

"Penduduk faham apabila sudah bergelar majlis perbandaran, dana diperlukan untuk membangunkan kawasan ini tetapi biarlah menerusi pendekatan lain yang tidak membebankan pembayar cukai," katanya.

(BAKRI) Konvensyen Doktor Muda rangsang motivasi pelajar

um 08/05/08

Oleh NORHUDA SULIEMAN

MUAR 7 Mei - Program Konvensyen Doktor Muda perlu diperluaskan di sekolah-sekolah sekolah bagi merangsang motivasi sekali gus mendedahkan murid dan pelajar terhadap peluang serta kerjaya dalam bidang perubatan atau kedoktoran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali berkata, ini kerana masih banyak sekolah yang tidak berminat menganjurkan program itu walaupun mengetahui kebaikan aktiviti tersebut.

"Program itu bukan sahaja mampu memberi dorongan kepada murid untuk menggalakkan mereka menjadi seorang doktor apabila meningkat dewasa tetapi turut memberi kesedaran dalam bidang kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Doktor Muda peringkat daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Abong di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Muar, Zulkifli Othman dan wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Muar, Jasni Nawi.

Program sehari itu disertai lebih 100 murid dari empat buah sekolah dan kali pertama diadakan di daerah ini melibatkan murid-murid dalam tahun tiga dan empat.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Sungai Abong, SK Sultan Abu Bakar 1, SK Bandar Maharani dan SK Parit Setongkat.

Abdullah berkata, pihak sekolah sepatutnya lebih peka dan memberi komitmen terhadap Konvensyen Doktor Muda kerana ia dapat meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan di kalangan para pelajar dan murid.

"Pendedahan seperti ini penting kerana ia membolehkan para pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga dalam mengamalkan cara hidup yang sihat," jelasnya.

Pelbagai aktiviti kesihatan diadakan bagi memeriahkan program tersebut seperti pertandingan menulis esei, bercerita, melukis poster, pameran aktiviti doktor muda, buku informasi kesihatan dan persembahan bakat.

Selain itu, pertandingan lain yang diadakan adalah anugerah tokoh doktor muda dan sekolah cemerlang program doktor muda cemerlang yang dimenangi SK Sungai Abong.

Dalam pada itu, Abdullah berharap program ini dapat diperkukuhkan dengan menggalakkan penglibatan guru, warga sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kesihatan murid-murid.

"Program seperti ini tidak seharusnya terhenti di peringkat sekolah rendah tetapi ia sepatutnya diteruskan sehingga ke peringkat sekolah menengah," katanya.

(TENGGARA) Halimah sampai bantuan kepada mangsa ribut

UM 08/05/08

KOTA TINGGI 7 Mei - Nasib malang yang menimpa 72 keluarga di Felda Bukit Besar di sini apabila rumah mereka rosak akibat dipukul ribut baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Saddique.

Halimah yang melawat Felda berkenaan dengan diiringi Pegawai Daerah Kota Tinggi, Norizan Kulup menyumbangkan bantuan wang tunai dan makanan bagi meringankan bebanan mangsa.

Menurut Halimah, dalam kejadian ribut yang berlaku pukul 2.45 petang itu, sebanyak empat buah rumah penduduk mengalami kerosakan serius sehingga tidak dapat didiami lagi.

"Memandangkan kerosakan rumah keluarga ini terlalu teruk, saya selaku Ahli Parlimen kawasan ini memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 selain bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada setiap keluarga.

"Selain itu, kos bagi membaik pulih rumah turut disalurkan dengan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi setiap rumah," katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepada mangsa ribut di Dewan Raya Felda Bukit Besar di sini baru-baru ini.

Halimah berkata, bagi 68 rumah penduduk lain yang mengalami kerosakan kecil, bantuan sebanyak RM500 telah disalurkan kepada setiap keluarga.

"Bagi bantuan ini, MAIJ telah menyumbangkan sebanyak RM300 bagi setiap keluarga dan pihak saya menambah bakinya," katanya.

Beliau memberitahu, kerosakan rumah penduduk terbabit telah ditaksirkan dan bantuan untuk membaikinya akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peruntukan turut diberikan bagi memperbaiki pelbagai bangunan awam yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut itu termasuk klinik desa, sekolah agama dan Pusat Giat Mara di kawasan berkenaan.

Halimah meminta penduduk yang mengalami kerosakan akibat kejadian itu tetapi masih belum mendapat bantuan supaya segera membuat laporan di pejabat ketua kampung Felda tersebut.

"Saya sendiri terkejut dengan kejadian ribut ini kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya berharap para penduduk yang menjadi mangsa ribut dapat bersabar dalam menghadapi dugaan ini," katanya.

(PONTIAN) Peruntukan khas atasi banjir kilat Pekan Nanas

UM 08/05/08

PONTIAN 7 Mei - Satu peruntukan khas akan dipohon daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di bandar Pekan Nanas dan sekitarnya.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng berkata, peruntukan tersebut akan digunakan bagi memperbaiki sistem saliran yang dikenali pasti tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak pada satu-satu masa.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Parit Pasir, Taman Sri Pekan, Kompleks Penghulu Mukim Jeram Batu-Pengkalan Raja, Taman Utama, Taman Tuah, Taman Ria, Taman Sentosa, Taman Hidayat dan beberapa tempat lain.

"Kami memahami akan masalah serta kesusahan para penduduk yang berhadapan dengan masalah banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat dalam tempoh beberapa jam sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan karnival mesra padu dan perasmian Pusat Rukun Tetangga Pekan Nanas sempena sambutan Minggu Hari Perpaduan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Nanas A, B dan C di sini baru-baru ini.

Jeck Seng berkata, pihaknya juga akan mendapatkan pandangan daripada beberapa jabatan kerajaan bagi mengenal pasti punca berlakunya banjir kilat di kawasan Pekan Nanas.

"Kita tidak menolak kemungkinan pembangunan pesat yang berlaku termasuk wujudnya kawasan perumahan baru telah memberi kesan kepada sistem saliran sedia ada," katanya.

Bagaimanapun katanya, banjir kilat yang melanda baru-baru ini agak serius kerana beberapa kawasan dinaiki air secara serentak apabila hujan dalam tempoh 2 hingga 3 jam.

Pada majlis tersebut, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada ketiga-tiga KRT Pekan Nanas A, B dan C bagi menjalankan aktiviti masing-masing.

(PASIR GUDANG) Rumah dipukul ombak, warga emas nyaris maut

UM 8/5/08


Oleh HAMDAN TAWADI





ANDI Noryadin Ahmad (kiri) dibantu jirannya menyelamatkan beberapa peralatan setelah rumahnya tenggelam ke dalam laut akibat dipukul ombak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dekat Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 7 Mei - Seorang lelaki warga emas yang lumpuh sebelah badan sejak 15 tahun lalu nyaris mati lemas apabila rumahnya musnah dipukul ombak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, rumah Daeng Mat Salleh, 70, yang terletak dalam 'perkampungan air' di tepi laut tenggelam dipukul ombak tinggi akibat gelombang kuat daripada pergerakan kapal dan bot besar di perairan itu.

Selepas dipukul gelombang itu, rumah tersebut tiba-tiba tenggelam ke dalam laut perlahan-lahan manakala Daeng yang berada dalam bilik rumah hanya mampu menjerit meminta tolong kerana tidak boleh bergerak ekoran badannya lumpuh.

Daeng yang berseorangan di rumah tersebut, terus menjerit dan air mencecah hingga ke paras leher sebelum seorang jiran yang terdengar jeritan itu menyelamatkannya.

Jirannya, Mohd. Faizal Mohd. Ali, 30, bersama beberapa penduduk kampung bergegas menyelamatkan Daeng dengan membawanya keluar dari rumah tersebut tanpa mengalami kecederaan.

Daeng berkata, dia bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tersebut sebelum rumah milik menantunya, Andi Noryadin Ahmad, 42, itu tenggelam dalam perairan tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian, dia yang sedang baring di bilik tiba-tiba terdengar bunyi kuat seperti guruh disusuli bunyi kayu patah.

"Tiba-tiba rumah roboh dan mulai tenggelam dan saya hanya mampu menjerit minta tolong.

"Apabila air sampai ke paras leher, saya terdengar Faizal menjerit bertanya saya lalu saya membalas panggilan tersebut dan akhirnya saya diselamatkan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Faizal berkata, sebelum menyelamatkan Daeng, dia terpaksa mengalihkan kayu yang berada di leher warga emas itu.

"Bukan sahaja air sudah sampai ke tengkuknya, ada pula kayu yang menghalang, namun nasib baik kami dapat menyelamatkannya," kata buruh kontrak itu.

Andi Noryadin berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja dan dua orang anaknya pergi ke sekolah manakala isterinya keluar menemui rakan menyebabkan mertuanya itu tinggal seorang diri.

Katanya, dia bergegas pulang setelah mengetahui tentang kejadian itu daripada jiran-jiran yang menghubunginya namun ketika sampai, hampir keseluruhan rumahnya ditenggelami air.

"Sepanjang 10 tahun tinggal di sini, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku.

"Habis barang elektrik saya rosak, namun syukur ayah mertua dapat diselamatkan, jiran-jiran juga dapat menyelamatkan barang kemas isteri yang disimpan dalam almari," katanya yang bekerja sebagai juruelektrik.

Tambahnya, dia sekeluarga terpaksa menumpang di rumah jiran buat sementara waktu dan berharap ada pihak yang sudi tampil meringankan bebannya.

(JOHOR) 'Ku Li tidak perlu ceramah di Johor'

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

UM 7/7/08

JOHOR BAHRU 6 Mei - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah diminta menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memulihkan UMNO Kelantan dan tidak 'menyibukkan' diri berceramah di negeri lain terutamanya Johor.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, ia adalah kerana khidmat Tengku Razaleigh lebih diperlukan di negeri kelahirannya itu berbanding di Johor.

Menurutnya, senario sekarang tidak memerlukan pemimpin Kelantan itu berada di negeri ini kerana UMNO Johor tidak menghadapi sebarang masalah termasuk soal kepimpinan.

''Malah, UMNO Johor mempunyai tatacara sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara tanpa memerlukan orang luar,'' katanya mengulas rungutan Tengku Razaleigh mengenai ada pihak menghalang ahli UMNO menghadiri ceramahnya di Batu Pahat dan Muar, kelmarin.

Samsol Bari berkata, walaupun terdapat satu atau dua cawangan UMNO di Johor menjemputnya ke negeri ini, maka ia tidak bermakna seluruh bahagian perlu menghadiri majlis tersebut.

''Tengku Razaleigh jangan 'syok sendiri' dan tumpukan perhatian di Kelantan,'' katanya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Ali Mohamed meminta Tengku Razaleigh agar tidak menyalahkan pihak lain jika kedatangannya ke Johor tidak mendapat sambutan ahli-ahli UMNO.

Menurutnya, ini kerana kedatangannya ke Johor tidak bersesuaian dengan masa, ekoran ketika ini UMNO sedang giat berusaha untuk mengukuhkan lagi kekuatannya.

''Sedangkan matlamat Tengku Razaleigh semata-mata untuk meraih sokongan bagi bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti Disember ini,'' katanya.

Menurutnya, tindakan itu membuktikan beliau lebih mementingkan diri sendiri daripada berusaha menyatukan semula serta memulihkan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

(MUAR) Bina segera tebing elak banjir




Oleh SUFFIAN ABU BAKAR



MOHD. Basri Marjani menunjukkan tembok yang rosak di Kampung Sungai Pulai Laut, dekat Muar, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



MUAR 6 Mei - Ratusan hektar pokok kelapa sawit di Kampung Sungai Pulai Laut dekat sini terancam akibat dilanda air pasang laut apabila pihak berwajib lewat membaiki kerosakan tembok di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Selain kerosakan tanaman sawit, penduduk kampung itu turut bimbang apabila air pasang dan hujan lebat sering mengakibatkan kawasan kediaman mereka dilanda banjir kilat berikutan kerosakan benteng berkenaan.

Bilal Masjid Kampung Parit Pulai, Mohd. Basri Marjani, 65, berkata, masalah itu bermula kira-kira enam bulan lalu apabila sebahagian daripada benteng di pesisiran muara sungai kampung itu runtuh.

Menurutnya, kerosakan tembok sepanjang empat meter itu menyebabkan air dari Selat Melaka mengalir ke kampung itu dan kawasan tanaman di sekitar Kampung Sungai Pulai Laut.

"Kami telah membuat aduan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Muar yang kemudiannya mengarahkan sebuah syarikat kontraktor untuk memperbaiki benteng itu penghujung tahun lalu.

"Bagaimanapun, kerja-kerja memperbaiki benteng itu dilaksanakan dengan perlahan sehingga menyebabkan masalah ini tidak dapat diatasi sehingga kini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Basri berkata, selain kerosakan benteng, penduduk kampung itu turut menghadapi masalah apabila pintu air di kampung itu sering dikunci menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir terus ke Selat Melaka.

Dakwanya, JPS telah mengambil seorang pekerja dari Parit Jawa untuk mengendalikan pintu air itu tetapi perkhidmatannya tidak memuaskan kerana pekerja itu tidak membuka pintu air tersebut terutamanya pada waktu malam ketika air surut bagi mengalirkan air dari darat ke selat.

"Tindakan penjaga pintu air ini ditambah dengan kerosakan benteng ini menyebabkan beberapa rumah sering dilanda banjir kilat, khususnya ketika air pasang laut dan hujan lebat," jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Asiah Mukri, 52, berkata, rumahnya yang terletak berdekatan selat sering dilanda banjir kilat setiap kali air pasang dan hujan lebat berikutan masalah itu.

"Rumah saya dilanda banjir sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan kami sekeluarga bimbang jika air pasang melanda pada malam hari.

"Saya serta enam anak juga bimbang binatang bisa akan muncul setiap kali banjir kilat kerana kedudukan rumah kami yang berhampiran dengan paya bakau," katanya.

Sementara itu, Pegawai JPS daerah Muar, Rehan Ahmad ketika dihubungi segera mengarahkan agar kontraktor yang dilantik memperbaiki kerosakan tembok itu.

Menurutnya, projek memperbaiki benteng tersebut yang bernilai RM100,000 sepatutnya siap dalam tempoh beberapa minggu, tetapi pihak kontraktor itu lewat menyiapkannya sehingga memakan masa kira-kira lebih empat bulan.

"Saya telah memberi amaran kepada kontraktor berkenaan supaya segera menyiapkan tugas mereka atau mengambil risiko JPS akan menukar kontraktor lain sekiranya ia gagal dilaksanakan segera.

"JPS sedar masalah ini menyebabkan penduduk kawasan itu ditimpa masalah dan jabatan berjanji akan memastikan masalah tersebut segera diatasi," katanya.

(MUAR) Mohd Shah: Saya tak halang majlis Ku Li

http://www.malaysiakini.com/news/82421

Muda Mohd Noor | May 6, 08 5:17pm
Ketua Umno Muar, Datuk Mohd Shah Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menghalang ahli dan penyokong Umno cawangan-cawangan dalam bahagian tersebut daripada menghadiri majlis dialog Melayu yang dihadiri oleh ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Majlis dialog Melayu selepas pilihanraya umum ke-12 itu, dianjurkan oleh sekumpulan ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Muar kelmarin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Shah berkata, beliau tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut.

Sebaliknya, katanya, beliau sebagai ketua bahagian, hanya memberi nasihat kepada kumpulan tersebut supaya tidak melanggar peraturan parti bagi mengelak tindakan disiplin.

"Siapa saya untuk menghalang mereka untuk mengadakan program tersebut? Saya suka kerana ramai orang datang ke majlis tersebut.

"Tetapi saya tidak terbabit dengan program tersebut kerana saya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan perhubungan Umno negeri, terpaksa berpegang teguh kepada keputusan untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Mohd Shah berkata, beliau dimaklumkan bahawa progam tersebut antara lain untuk membincangkan peralihan kuasa dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan dalam Umno dan kerajaan.

Jumpa ketua cawangan

Katanya, beliau tidak menghadiri majlis majlis tersebut, tetapi gembira kerana dimaklumkan bahawa kira-kira 800 ahli menghadirinya.

"Kalau 80 orang yang datang, bolehlah tuduh saya halang...," katanya.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang AJK Umno Muar, Hassan Sulaiman Ninam Shah bahawa Mohd Shah telah menakut-nakutkan ketua cawangan di bahagian itu supaya tidak menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang baru-baru ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden parti dan ketua Umno bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Hassan mendakwa, orang kuat Mohd Shah telah berjumpa dengan ketua-ketua cawangan terbabit bagi menghalang mereka daripada menghadiri majlis tersebut.

"Banyak ketua cawangan Umno dalam bahagian Muar yang tidak hadir kerana bimbang dikenakan tindakan," katanya kepada Malaysiakini.

Hassan mendakwa, Mohd Shah memberitahu ketua-ketua cawangan Umno berkenaan, jika menghadiri majlis tersebut, nama mereka akan dihantar ke ibu pejabat parti di Kuala Lumpur untuk diambil tindakan.

Bagaimanapun, menurut Hassan, tindakan tersebut keterlaluan kerana majlis itu mendapat permit polis dan telah dihadiri oleh kira-kira 800 orang dari empat bahagian - Muar, Batu Pahat, Ledang dan Bakri.

Selasa, 6 Mei 2008

(MUAR) 'Ada ahli UMNO dihalang hadir ceramah saya'

UM 6/5/08

MUAR 5 Mei - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa ada anggota UMNO diugut supaya tidak menghadiri ceramahnya di Batu Pahat petang semalam dan di sini malam tadi.

Katanya, beliau menerima aduan daripada penganjur ceramahnya, iaitu Pemuda UMNO Cawangan Bandar dalam Bahagian Batu Pahat, dan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Muar.

"Ketua-ketua cawangan yang dijemput telah diminta supaya tidak hadir pada perjumpaan itu dan ada sesetengahnya menerima ugutan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Ke Mana UMNO dan Orang Melayu Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12', di sini malam tadi.

Seramai 500 orang termasuk ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Ledang, Muar, Bakri dan Pagoh hadir.

Tengku Razaleigh berkata, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ceramah itu bukan perjumpaan haram.

Beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku ekoran hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

- Bernama

(AYER HITAM) Semua parti Melayu digesa sokong majlis muafakat

UM 6/5/08

Oleh Jaafar Ahmad

JOHOR BAHRU 5 Mei - UMNO Bahagian Ayer Hitam menyambut baik langkah Kongres Permuafakatan Melayu menubuhkan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.

Ketuanya, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, ini kerana penubuhan MMMM akan menjadi pelengkap kepada UMNO yang turut berjuang memartabatkan bangsa Melayu termasuk agama Islam dan raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, menurutnya, penubuhan majlis itu tidak akan memberi kesan mendalam jika tidak didokong oleh semua pihak termasuk parti-parti politik Melayu yang berlainan ideologi.

"Saya melihat penubuhan MMMM adalah positif kerana ia memperjuangkan kedaulatan dan hak Melayu," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein semalam, bahawa Kongres Permuafakatan Melayu akan menubuhkan MMMM yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Menurutnya, MMMM akan dijadikan tempat rujukan dan wadah rasmi bagi menggerakkan apa juga resolusi yang telah dipersetujui dalam kongres tiga hari yang berakhir semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor cawangan Kluang, Mahmud Rohani berkata, penubuhan MMMM memang wajar bagi memastikan kedaulatan bangsa Melayu dan raja-rajanya tidak dicabar pihak tertentu.

"Ini kerana MMMM akan menjadi pemantau terhadap apa juga perkembangan yang membabitkan kepentingan dan hak Melayu," katanya.

Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu telah memberikan kesan terhadap bangsa Melayu sehingga memerlukan satu usaha drastik untuk mengembalikan kekuatannya.

"MMMM yang dianggotai NGO sewajarnya diberikan ruang untuk sama-sama memperjuangkan kedaulatan Melayu," katanya.

Isnin, 5 Mei 2008

(CERAMAH) Forum UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12 : Suara Hati Rakyat





Forum UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12 : Suara Hati Rakyat
Sabtu 17 Mei 2008 (8.30 pg – 2.00 Ptg)

Di Hotel M-Suite Johor Bahru

Ucaptama : Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Ahli Panel : Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Moderator : Datuk Syed Hussein Al-HabsheeMasuk Percuma, semua dijemput hadir. Sila emailkan nama dan nombor telefon untuk pendaftaran ke

mykmujohor@yahoo.com


ATURCARA MAJLIS :
8.00 pagi :

Ketibaan para tetamu Ketibaan Moderator, Ahli Panel dan Tetamu Kehormat Ketibaan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Nyanyian Lagu Negaraku dan UMNO Bersatu.


8.45 pagi :

Bacaan DoaUcapan Aluan Pihak Penganjur
9.00 pagi:
.Ucapan Keluh Kesah Rakyat Perihatin

9.30. pagi
FORUM UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati RakyatSesi Soal Jawab
11.30 pagi :


2.00 petang :

Ucapan Rumusan oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir.Sesi Soal JawabPerlancaran Portal http://www.mykmujohor.com/Penyampaian Cenderamata.Kenyataan Akhbar.
Jamuan Ringan dan Bersurai.

(PULAI) Umno Pulai tidak akan adakan EGM hanya untuk jatuhkan pemimpin

BERNAMA


05-05-2008 05:30:19 PM
JOHOR BAHARU: Umno Bahagian Pulai tidak akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Khas (EGM) jika ia hanya bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan atau mencari kesalahan pucuk pimpinan parti, katanya Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata Umno bahagian itu juga tidak pernah memberi sebarang restu kepada mana-mana anggotanya untuk mengadakan majlis bertujuan membuat resolusi atau mencari penyelesaian untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengadakan program menggunakan nama Umno Bahagian Pulai yang kononnya bertujuan mencari resolusi terhadap apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini hari ini bagi mengulas penganjuran "Program Percambahan Minda 2008" oleh Majlis Permuafakatan Akar Umbi Umno Pulai semalam.
Program tersebut yang dihadiri 15 orang ketua cawangan dan 100 anggota Umno Pulai dirasmikan oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, turut melahirkan rasa kesal kerana Hamzah, selaku anggota MT, turut dibabitkan dalam penganjuran majlis berkenaan tanpa mengetahui keadaan sebenar di sebalik majlis itu.
"Majlis berkenaan tidak mendapat restu daripada saya sendiri sebagai Ketua Bahagian atau jawatankuasa Umno Bahagian.
"Penganjur majlis berkenaan mempunyai niat tersirat dengan cuba mencari populariti kerana pemilihan Umno peringkat bahagian dan cawangan akan berlangsung bermula Julai depan," katanya.
Ditanya sama ada, penganjuran majlis berkenaan merupakan suatu petanda beliau akan dicabar untuk jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan Umno akan datang, Nur Jazlan berkata beliau akan mempertahankan jawatan itu.
"Saya dicabar dalam pemilihan Umno bahagian 2004 oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian sendiri ketika itu, serta menang dan saya akan mempertahankan jawatan ini, jika dicabar sekali lagi," katanya. BERNAMA

(KHAS) Jangan pandang remeh tuntutan kongres: Muhyiddin

BERNAMA

05-05-2008 05:21:26 PM
KUALA LUMPUR: Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu tidak harus dipandang remeh oleh kepimpinan Umno atau kerajaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya ini adalah kerana resolusi yang dicapai merupakan hasil perbincangan yang timbul kerana orang Melayu di negara ini mempunyai persepsi bahawa pembelaan terhadap hakhak dan kepentingan mereka semakin lemah dan terhakis.
Muhyiddin yang juga Naib Presiden Umno berkata parti itu dan juga kerajaan harus memandang berat akan isuisu yang dibangkitkan kerana ia terhasil daripada perbincangan yang dihadiri oleh ramai tokoh yang memperjuangkan masa depan orang Melayu di negara ini.
"Ini merupakan melahirkan kebimbangan yang datang dari suara hati pemimpin-pemimpin Melayu serta badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu di negara ini.
"Sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh mereka seharusnya juga apa yang diperjuangkan oleh Umno, cuma kepimpinan Umno pada hari ini dilihat seperti tidak lagi memberi perhatian," katanya selepas melawat persiapan akhir di tapak Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2008 (MIHAS 2008) di sebelah bangunan Matrade di sini, hari ini.
Beliau menyuarakan harapannya agar kepimpinan Umno dapat menerima usul kongres itu dengan hati yang terbuka dan ia tidak menimbulkan kesangsian kaum bukan Melayu.
Katanya orang bukan Melayu di negara ini tidak harus rasa tergugat oleh resolusi berkenaan kerana kongres itu tiada membuat tuntuntan terhadap hak bangsa lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Resolusi itu mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, Bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya termasuk menubuhkan "Majlis Muafakat Melayu Malaysia".
Resolusi itu telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar oleh ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein bersamasama dengan empat anggota kongres lain di Istana Bukit Serene di Johor, semalam.
Kongres tiga hari yang berakhir semalam dan bertemakan "Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa" itu dihadiri 2,100 peserta dan 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu. BERNAMA

(PULAI) Ahli Parlimen gesa setinggan pindah ke PPR

BH 5/5/08

Oleh Srihanasham Noordin
JOHOR BAHRU: Penduduk penempatan setinggan sekitar Kempas, perlu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas yang sudah siap dibina khusus untuk mereka bagi menikmati kemudahan perumahan yang lebih selesa dan teratur seperti dinikmati penduduk lain. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kerajaan membina perumahan berkenaan atas kesedaran untuk memberikan kemudahan kediaman lebih selesa, selamat dan teratur kepada penduduk setinggan Kempas kerana penempatan sedia ada sering memberikan pelbagai masalah seperti banjir selain ketiadaan bekalan air serta elektrik. "Memang, saya akui ada sedikit kelemahan daripada segi penyelenggaraan di PPR Kempas kerana projek berkenaan belum siap sepenuhnya. Lebih 100 keluarga yang berpindah terlebih dulu adalah untuk memberikan laluan kepada pembinaan tangki kumbahan.
"Saya yakin Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan menyelesaikan masalah berkaitan penyelenggaraan sebaik penduduk berpindah yang dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keengganan sebahagian besar penduduk setinggan Kempas yang tidak mahu berpindah ke PPR Kempas dengan alasan perumahan berkenaan tidak mempunyai kemudahan infrastruktur mencukupi dan kurang selesa. Nur Jazlan yang juga Ketua Umno bahagian Pulai berkata, PPR Kempas yang dibina dengan kos lebih RM20 juta adalah contoh pembangunan in-situ dengan penduduk setinggan tidak dipindahkan ke luar kawasan bagi membolehkan mereka terus tinggal di kawasan berkenaan.
Katanya, penduduk yang tinggal di PPR berkenan hanya perlu membayar sewa RM114 sebulan dan dapat menikmati kemudahan elektrik, air serta infrastruktur lain yang lebih sempurna berbanding rumah setinggan. "Berhubung aspek penjagaan kebersihan yang kurang di PPR berkenaan, adalah lebih baik, penduduk menubuhkan Jawatankuasa Penduduk dan mengadakan gotong royong setiap minggu. Mereka tidak boleh bergantung kepada kerajaan untuk membersihkan kawasan kediaman mereka. "Masalah kekurangan tempat letak kereta pula boleh diatasi dengan perbincangan sesama penduduk. Bagaimanapun, sudah pasti di mana-mana, rumah PPR serta pangsa akan menghadapi masalah tempat letak kereta," katanya. Nur Jazlan memberi jaminan beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan SPNB supaya memastikan semua aspek penyelenggaraan akan diatasi sebelum semua penduduk berpindah ke kediaman baru berkenaan.
Beliau berkata, penduduk setinggan Kempas yang mempunyai masalah berkaitan PPR berkenaan perlu berjumpa dengannya serta Umno bahagian bagi membolehkan satu perbincangan konkrit dilakukan, bukannya mendapatkan bantuan daripada pihak lain terutama pembangkang. Selain itu, Nur Jazlan mahu penduduk terbabit tidak terlalu emosional dengan meminta pelbagai tuntutan daripada kerajaan untuk berpindah sedangkan mereka patutnya sedar kerajaan tidak pernah mengenakan sebarang hukuman atau meminta bayaran daripada tanah yang mereka duduki secara haram. "Kita perlu rasional dalam hal ini, janganlah terlalu emosional...segala masalah ada jalan penyelesaian. Kadang-kadang, bila kita berbincang, kita hanya memikirkan apa yang diminta dan dituntut tanpa memikirkan sebarang penyelesaian yang perlu diambil dengan segera,” katanya.

(MUAR) 12 pelajar pendidikan khas usahakan sawah.



BH 5/5/08




Oleh Ahmad Othman
TEKUN: Pelajar membersihkan kawasan sawah yang diusahakan mereka di Teluk Rimba, Muar.
Murid SMK Tengku Mahmood Iskandar mampu hasilkan 24 tan padi MR220 dalam tempoh 3 tahun
JOHOR BAHRU: Pelajar pendidikan khas di Muar yang mengusahakan 0.8 hektar sawah mampu mengeluarkan 24 tan padi jenis MR220 melalui enam pusingan musim menuai dalam tempoh tiga tahun lalu. Ini bermakna keluasan sawah yang diusahakan itu bersamaan keluasan dua ekar mengikut sistem ukuran Imperial itu dapat menghasilkan secara purata empat tan padi bagi satu pusingan dalam tempoh 16 minggu.
Masalah kekurangan sumber makanan asas terutama beras yang sebahagiannya terpaksa diimport boleh diatasi sekiranya pihak berwajib memusatkan program pengeluaran makanan tempatan. Ini dibuktikan sekumpulan 12 pelajar dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmood Iskandar, Sungai Mati, Muar melalui projek sawah padi yang diselia dua guru Pendidikan Khas iaitu Norhan Ahmari, 35, dan Mohd Dan Yusuf, 44. Berhampiran sekolah itu ada sawah seluas 324 hektar di Kampung Teluk Rimba dan projek itu dimulakan dengan menyewa sebahagian kecil tanah, iaitu 0.8 hektar.

BEGINI: Mohd Dan (kiri) memberi penerangan kepada pelajar.
Niat mereka untuk mempelajari asas pertanian melalui program berbudi kepada tanah mendapat sokongan termasuk Jawatankuasa Kelompok Sawah Padi Kampung Sungai Mati, Muar, Jabatan Pertanian dan Bernas melalui ikatan perkongsian pintar. Dari sudut pendidikan khas, usaha ini adalah sebahagian dari cabang Program Transisi Jabatan Pendidikan Khas (JPK) membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas untuk melangkah ke dalam kehidupan bermasyarakat dan menjana pendapatan khusus sebagai petani moden menggunakan kemudahan sedia ada apabila mereka dewasa kelak. Mohd Dan yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Johor, berkata kerja memulakan bendang sawah itu dilakukan serentak dengan pesawah tempatan. Selepas benih diperoleh dari Jabatan Pertanian, tanah bendang dibajak dua kali sebelum ditaburkan benih yang direndam selama satu malam sebelum ditos. Kerja meracun rumput pula dijalankan pada minggu pertama, merumput dan membaja pada minggu ketiga, keenam dan kesembilan.
Sawah akan dikeringkan pada minggu ke-12 apabila pokok padi mula mengeluarkan bunga dan boleh dituai menjelang minggu ke-16. "Sebaik selesai kerja menuai, membakar jerami dilakukan dan bendang dibajak semula bagi mengelak rumput rampai tumbuh meliar. Setiap dua ekar yang mereka usahakan boleh menghasilkan purata empat tan padi bagi satu pusingan 16 minggu di mana hasil dijual ke kilang padi di Jalan Salleh, Muar atau Bukit Rambai, Melaka. "Selain dijual kepada pekilang, pesawah dibenarkan hanya mengambil 200 kilogram beras yang dihasilkan, " katanya. Mohd Dan berkata, selain pendidikan akademik, pelajar turut diberi latihan vokasional asas mengendali dan membaiki mesin kecil yang berkaitan. Selain itu, melalui penyelidikan dan mengambil faktor alam persekitaran ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi tempatan, pihaknya menanam pisang tanduk, pisang nipah dan pisang nangka di sepanjang sempadan pagar sekolah. Katanya, pisang itu kemudian dijadikan kerepek, digoreng dan dipasarkan sementara daun pisang dijadikan bungkusan makanan yang mendapat permintaan daripada peniaga makanan. Beliau berkata, tanaman serai diusahakan di tanah rizab milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhampiran institusi pendidikan itu untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Pelajar Fadli Mustari, 17, berkata dia seronok belajar sambil bekerja kerana mendapat ilmu dan pengalaman. "Lagi pun banyak tanah yang boleh diusahakan. Berbudi kepada tanah banyak manfaat dan kita dapat keluarkan hasil bumi untuk sumber makanan, " katanya. Azhar Abdul Rahman, 19, pula berharap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) permudahkan pelajar berkeperluan khas sepertinya untuk mendapatkan lesen memandu traktor. "Musuh besar dan penghalang sebagai petani ialah malas dan angan-angan Mat Jenin," katanya.

(BATU PAHAT) Pelbagai usaha dilakukan bangunkan Senggarang

UM 5/5/08

BATU PAHAT 4 Mei - Pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan bagi membangunkan Senggarang menerusi rangka Pembangunan Ekonomi Siri 1 yang membabitkan pelbagai sektor di kawasan berkenaan.
ADUN Senggarang, Ja'afar Hashim berkata, program pembangunan itu adalah usaha untuk memantapkan lagi ekonomi penduduk kawasan itu dengan tumpuan kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Buat masa ini, enam syarikat swasta menyatakan minat untuk melabur dan membantu warga Senggarang meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka melalui pelbagai projek yang dirancang.
Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini, Ja'afar berkata, antara syarikat berkenaan adalah MAIS Food yang akan memperkenalkan penanaman cili secara fertigasi dan ikan keli salai.
"Sebuah lagi syarikat iaitu ANH Venture yang akan memperkenalkan Skim Rumah Mesra Mudah (SRMM) bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk membina rumah sendiri tetapi mempunyai tanah," kata Ja'afar.
Menurut beliau, skim itu akan dilaksanakan mengikut kemampuan pemohon dan reka bentuk rumah juga berdasarkan kehendak mereka.
Bagaimanapun, setakat ini reka bentuk yang diperkenalkan ialah rumah setingkat yang mempunyai tiga bilik dan sebuah bilik air.
Ja'afar berkata, pembinaan rumah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ANH Venture dan apabila rumah siap dan mula diduduki barulah ansuran bulanannya mula dibayar oleh pemilik.
"Bank Simpanan Nasional (BSN) pula telah bersetuju untuk bekerjasama dengan memperkenalkan projek amal jariah itu bagi membantu mereka yang tidak mampu membaiki rumah," kata beliau.
Katanya, projek itu akan memperuntukkan RM5,000 bagi membaiki rumah yang rosak dan RM10,000 bagi membaiki rumah daif.
Menurutnya, projek itu merupakan bonus kepada kawasan Senggarang setelah BN merampas semula kerusi itu daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.
"Saya yakin mampu membangunkan ekonomi penduduk dengan usaha-usaha yang sedang dilakukan kerana penduduk Senggarang memang dahagakan pembangunan ekonomi yang lebih mantap di sini," ujarnya.

(KOTA TINGGI) ‘Kami mahu jambatan segera’


UM 5/5/08



Oleh FARIK SALLEH
Bumbung jeti yang rosak dan perlu diganti baru di Kampung Rantau Panjang, Kulai.
KOTA TINGGI 4 Mei – Penduduk Kampung Rantau Panjang di sini meminta kerajaan segera membina sebuah jambatan untuk kemudahan mereka menyeberangi Sungai Johor di sini.
Seorang penduduk, Samad Misbah, 60, berkata, jambatan ini amat diperlukan penduduk untuk menyeberangi sungai itu terutamanya apabila ada kematian kerana tanah perkuburan terletak seberang kampung berkenaan.
Samad yang juga Imam Masjid Jamek kampung berkenaan berkata, selama ini penduduk terpaksa menggunakan sampan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai tersebut.
“Ini amat menyukarkan terutamanya apabila musim hujan atau pun ketika air surut kerana aliran air yang deras dan membahayakan.
“Sebelum ini pernah berlaku kejadian jenazah terjatuh ke dalam sungai dan ini amat menyedihkan.
“Oleh itu saya berharap kerajaan meluluskan segera permohonan yang telah diajukan sebelum ini untuk membina jambatan tersebut,” katanya yang telah lebih 20 tahun tinggal di kampung itu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk kampung berkenaan terpaksa menyeberang Sungai Johor kira-kira 70 meter dan terpaksa berjalan kaki sejauh 300 meter lagi untuk sampai ke tanah perkuburan.
Sementara itu, Ketua Kampung itu, Mohd. Yunus Pikir berkata, dia dimaklumkan permohonan bagi mendapatkan jambatan telah pun diluluskan dan akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
“Walaupun telah diluluskan, namun kami masih ternanti-nanti bilakah kerja-kerja pembinaan jambatan itu akan dimulakan,” katanya.
Menurutnya, Kampung Rantau Panjang kini mempunyai 300 penduduk daripada 70 keluarga.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba yang ditemui ketika membuat tinjauan di situ turut menyokong permohonan penduduk dan berharap jambatan yang amat diperlukan mereka akan dibina secepat mungkin.
“Dengan adanya jambatan itu nanti penduduk di sini tidak perlu lagi menggunakan sampan menyeberang sungai untuk membawa jenazah,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut meluluskan permohonan penduduk bagi membaiki dan menggantikan bumbung jeti yang telah rosak dimana kerja-kerja membaiki bumbung tersebut dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung itu sendiri.

(JOHOR) Pertahan kedaulatan - Kongres Permuafakatan Melayu tubuh sekretariat tetap


UM 5/5/08


Oleh Maznah Mohd. Arsad



IKRAR... Para peserta Kongres Permuafakatan Melayu membaca ikrar yang terkandung dalam resolusi pada hari terakhir kongres itu di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 4 Mei – Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di sini hari ini sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap dikenali Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.
Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
“Harus difahami, jika kerajaan tidak mengendahkan dan mengambil kira serta tidak melaksanakan satu pun pandangan kongres ini, ia seolah-olah kerajaan menolak suara akar umbi,” katanya.
Menurut Ismail, meskipun sekretariat itu tidak mempunyai kuasa eksekutif, ia akan membina saluran untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Pada prinsipnya kita akan jadikan MMMM sebagai tempat rujukan dan wadah rasmi bagi menggerakkan apa juga resolusi yang telah kita persetujui dalam kongres yang berlangsung selama tiga hari,” ujar Ismail pada sidang akhbar selepas mengumumkan resolusi yang dicapai pada Kongres Permuafakatan Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.
Katanya: “Keputusan menubuhkan MMMM dibuat setelah mengambil kira suara-suara daripada sebahagian 2,100 peserta yang mewakili 200 NGO yang menyertai kongres ini.
“Mereka mahu MMMM berfungsi sebagai sebuah sekretariat. Penubuhan badan ini merupakan sebahagian daripada ikrar yang terkandung dalam resolusi kongres.”
Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar, dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Serene di sini petang ini.
Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan,
sosial dan budaya termasuk syor menubuhkan MMMM.
Ismail yang juga Pengerusi Kongres Permuafakatan Melayu yakin semua resolusi yang dimaktubkan dalam kongres itu akan dijadikan pegangan masyarakat Melayu dan diguna pakai oleh kerajaan.
“Walaupun kongres bertemakan ‘Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa’ ini digerakkan oleh NGO Melayu yang terdiri daripada para budayawan, ilmuwan, teknokrat, ahli perniagaan, usahawan, peniaga kecil dan orang ramai, kami yakin suara-suara kami yang mewakili peringkat akar umbi akan didengari oleh kerajaan,’’ katanya.
Menurut beliau, keyakinan itu diperkukuhkan dengan pengalaman beberapa kongres yang pernah diadakan sebelum ini apabila kerajaan mengambil kira pandangan yang dicadangkan dalam kongres-kongres itu untuk membantu melaksanakan agenda perjuangan bangsa dan agama.
Beliau memberikan contoh, menerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang diadakan pada tahun 1956, kerajaan bersetuju menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ditanya bagaimana Kongres Permuafakatan Melayu dapat menyuarakan kepentingan Melayu di Pulau Pinang yang kini dipimpin oleh kerajaan bukan Melayu, beliau berkata, pihaknya akan menggunakan cara terbaik untuk menyampaikan tuntutan Melayu.
“Jika mereka ingin menjadi pemimpin yang baik, mereka perlu menjaga kepentingan semua (kaum) dengan sebaik mungkin,” ujar Ismail.

(JOHOR) Lapan resolusi pertahan hak Melayu

http://www.malaysiakini.com/news/82358


May 5, 08 3:48pm
Kongres permuafakatan Melayu yang berakhir semalam telah meluluskan lapan resolusi penting, termasuk gesaan supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu bagi mempertahankan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, kongres tersebut menuntut penubuhan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) sebagai sekretariat bagi merealisasikan lapan resolusi tersebut yang merangkumi bidang perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya.Menurut laporan Bernama, resolusi dalam bidang Perlembagaan, antara lain, menuntut agar hak-hak, keistimewaan dan kedudukan orang Melayu dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.Mengenai tuntutan politik pula, kongres ini menuntut agar Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas dan mempertahankan kedaulatan Melayu.Bagi tuntutan ekonomi pula, ia menyentuh soal keadilan sosial dan pengagihan ekonomi diberi sama rata untuk semua warganegara seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutaan.Kongres itu juga menunutut menjadikan Islam sebagai cara hidup, pemikiran dan sistem perundangan negara.Dalam bidang pendidikan pula, kongres itu menuntut agar bahasa kebangsaaan dikukuhkan dalam sistem pendidikan Malaysia, menjadi alat komunikasi dan keilmuan bagi mencapai objektif pembinaan bangsa.Serah pada Majlis Raja-RajaSelain itu, kongres itu menolak sekeras-kerasnya dasar atau gagasan dan pelaksanaan pelbagai budaya yang mentafsir secara serong Perlembagaan Persekutuan.Resolusi tersebut telah diserahkan kepada Sultan Johor di Istana Bukit Serene dan akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja agar diterimapakai oleh kerajaan demi kepentingan orang Melayu di Malaysia.Kongres itu yang diadakan di Johor Baru itu bertemakan 'Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa' dan dihadiri lebih 1,000 peserta yang mewakili 200 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.Ia dianggap antara pertemuan terbesar membabitkan orang Melayu yang pernah diadakan selepas perhimpunan yang membawa kepada penubuhan Umno lebih 60 tahun lalu.Kongres itu membincangkan tentang memperjuangkan hak dan kepentingan serta mempertahankan maruah Melayu ekoran semangat persepakatan yang dianggap kian ‘pudar' berdasarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu. Kongres itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.Kongres anjuran bersama oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga diadakan ekoran keputusan pilihanraya umum lalu yang menunjukkan masyarakat Melayu kini berpecah belah dan sedang berdepan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi ekonomi dan politik.Selain Abim, antara NGO yang menghadiri kongres tersebut ialah Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Anak Melayu Johor dan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

(BATU PAHAT) Umno mesti jaga Johor...

http://www.malaysiakini.com/news/82329


May 5, 08 11:49am
Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjangka pembangkang akan menyerang 'habis-habisan' negeri Johor - kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) - dalam pilihanraya umum akan datang."Jagalah negeri Johor ini kerana ia (Johor) akan diserang habis-habisan oleh lawan dalam pilihanraya akan datang.
"PAS telahpun menembusi kubu kuat orang Melayu ini dengan menang dua kerusi DUN (Sungai Abong dan Maharani)," katanya.Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan enam kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai, Sekudai, mengkibol dan Bentayah. Kerusi parlimen tunggal itu dimenangi oleh DAP di Bakri.Beliau mengingatkan demikian di majlis ceramah dan dialog bertajuk "Mengembalikan Kerelevanan Umno Di Hati Umat Melayu" anjuran Pemuda dan Wanita Umno Cawangan Bandar Bahagian Batu Pahat semalam, demikian menurut laporan Bernama.Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata selepas kejayaan memenangi Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah dan mempertahankan Kelantan, pembangkang akan memperhebatkan "serangan" untuk menguasai lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum akan datang. Tengku Razaleigh berkata kekalahan BN terutamanya di tiga buah negeri yang disifatkan sebagai "kaya" seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan turut memberikan kesan terhadap keseluruhan pentadbiran kerajaan pusat.Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran Umno itu, yang kini berkuasa di lima buah negeri akan cuba memalukan Umno dan BN menerusi siri pendedahan tentang kesilapan yang dilakukan sebelum ini oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh BN. Katanya kerajaan negeri terlibat yang kini dikuasai pembangkang sedang berusaha untuk mencungkil dan menggali segala kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri BN terdahulu. Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, Umno mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi tindakan oleh parti pembangkang itu.

(Batu Pahat) Ku Li dakwa ahli dihalang hadir ceramahnya

http://www.malaysiakini.com/news/82339


May 5, 08 2:05pm
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada ahli Umno diugut supaya tidak menghadiri ceramahnya di Batu Pahat petang semalam dan di Muar malam tadi. Katanya beliau menerima aduan dari penganjur ceramahnya, iaitu Pemuda Umno Cawangan Bandar dalam Bahagian Batu Pahat, dan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Muar. "Ketua-ketua cawangan yang dijemput telah diminta supaya tidak hadir dalam perjumpaan itu dan ada sesetengahnya menerima ugutan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Ke Mana Umno dan Orang Melayu Selepas Pilihanraya Umum ke-12", di sebuah hotel di Muar malam tadi. Seramai 500 orang termasuk ahli jawatankuasa Umno bahagian-bahagian Ledang, Muar, Bakri dan Pagoh hadir, demikian menurut laporan Bernama. Tengku Razaleigh berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ceramah itu bukan perjumpaan haram. Beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku ekoran hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

(PULAI) Ketua Umno Pulai bidas timbalan menteri

http://www.malaysiakini.com/news/82366

May 5, 08 4:55pm
Ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini kesal dengan tindakan seorang timbalan menteri yang merasmikan program percambahan minda 2008 di Pulai yang diadakan tanpa restu Umno bahagian berkenaan. .Datuk Hamzah Zainuddin - timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno - merasmikan majlis tersebut anjuran Majlis Permuafakatan Akar Umbi Umno Pulai, semalam.Menurut Bernama, Ia dihadiri oleh 15 orang ketua cawangan dan 100 ahli Umno bahagian Pulai.Katanya, Umno bahagian itu tidak pernah memberi sebarang restu kepada mana-mana ahlinya untuk mengadakan majlis bertujuan membuat resolusi atau mencari penyelesaian untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.“Majlis berkenaan tidak mendapat restu daripada saya sendiri sebagai ketua bahagian atau jawatankuasa Umno bahagian," katanya yang juga ahli parlimen Pulai. “Penganjur majlis berkenaan mempunyai niat tersirat dengan cuba mencari populariti kerana pemilihan Umno peringkat bahagian dan cawangan akan berlangsung bermula Julai depan,” katanya. Ditanya sama ada, penganjuran majlis berkenaan merupakan suatu petanda beliau akan dicabar untuk jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Umno akan datang, Nur Jazlan berkata beliau akan mempertahankan jawatan itu. “Saya dicabar dalam pemilihan Umno bahagian 2004 oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian sendiri ketika itu, serta menang."Saya akan mempertahankan jawatan ini, jika dicabar sekali lagi," kata Nur Azlan.Menurutnya lagi, Umno bahagian Pulai tidak akan mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM) jika ia hanya bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan atau mencari kesalahan pucuk pimpinan parti.“Saya kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengadakan program menggunakan nama Umno bahagian Pulai yang kononnya bertujuan mencari resolusi terhadap apa yang berlaku dalam pilihanraya umum lalu,” katanya.

Ahad, 4 Mei 2008

(KULAI) Pemuda Umno Harus Suburkan Peranan Pendesak Dalam Sampaikan Mesej Rakyat Kepada Pucuk Pimpinan

KULAI, 1 Mei (Bernama) — Pemuda Umno harus menyuburkan peranan sebagai pendesak dalam menyampaikan mesej rakyat kepada pucuk pimpinan selaras dengan hasrat akar umbi yang mahukan perubahan kepimpinan dan kemajuan negara.
Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata sudah tiba masanya anggota-anggota Pemuda tidak perlu takut dikatakan tidak menyokong kepimpinan, sebaliknya meletakkan Umno di landasan yang betul demi kemajuan orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini.
“Ahli-ahli kita malah rakyat juga melihat Pemuda sebagai saluran untuk sampaikan maklumat kepada pucuk pimpinan. Kadang-kadang bila pemimpin buat sebarang keputusan, ia mendapat reaksi dari akar umbi. Jadi, peranan Pemuda adalah untuk sampaikan mesej dan sekiranya benar-benar tidak setuju maka biarlah Pemuda yang mainkan peranan itu.
“Peranan seperti ini seringkali dilakukan dulu, walaupun Pemuda tidak sependapat dengan kepimpinan tetapi kerana sebenarnya ia mencerminkan permintaan ramai, akhirnya pemimpin terima juga pandangan dan pendirian Pemuda. Jadi, ini peranan pendesak yang harus dimainkan Pemuda,” katanya.
Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata demikian kepada pemberita selepas majlis dialog anjuran Pemuda Umno Bahagian Tenggara di sini Khamis. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara Suhaimi Khalid.
Beliau berkata Pemuda Umno di bawah kepimpinan Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jangka masa 10 tahun ini dilihat turut memainkan peranan sebagai pendesak yang dilakukan secara berhemah.
“Hishammuddin mahu Pemuda dilihat sebagai kumpulan yang bersifat intelektual dan berhemah dalam hujah dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada perjuangan Umno,” katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau mengalu-alukan ramai anggota Pemuda bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Disember depan sebagai membuka ruang membawa visi masing-masing untuk memperjuangkan Umno.
Katanya perebutan itu sewajarnya dilakukan secara berhemah dan beliau sendiri berazam menawan kembali lima negeri yang tewas kepada pembangkang selain mengembalikan martabat Umno.
“Saya harap ramai yang tampil bertanding. Kita buka ruang supaya semua orang boleh bawa misi yang mahu disampaikan,” katanya.
– BERNAMA

(BATU PAHAT) Ku Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/04/ku-li-umno-dihati-orang-melayu-walaupun-hilang-kuasa-tawar-menawar/

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.
Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.
Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.
Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.
Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

(BATU PAHAT) Update Majlis Ku Li di Batu Pahat

MYKMUJOHOR.COM 4/5/08

Majlis dihadiri hampir 300 orang yang kebanyakannya merupakan ahli-ahli peringkat cawangan dari Batu Pahat terutamanya dari Cawangan UMNO Bandar.
Intipati Ucapan YBM Ku Li antaranya:
1. Tiada SABOTAJ dari ahli UMNO semasa PRU 12 yang lepas
-sebaliknya ahli-ahli UMNO sudah JELAK dengan kepimpinan UMNO sekarang yang lebih mementingkan diri dari rakyat dan ahli-ahli parti.
2. UMNO telah KALAH sebenarnya pada PRU 12 yang lepas walaupun pak lah menyatakan BN kini hanya kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3, HAKIKATNYA:
-UMNO/BN telah kehilangan kuasa MAGIK 2/3 yang memerlukan segala urusan terutamanya yang melibatkan Pindaan Perlembagaan diperlukan.
-UMNO/BN telah kehilangan 3 antara negeri TERKAYA di Malaysia yang menyumbang 75 % dari GDP atau Keluaran Negara Kasar Negara. Bagaimana Kerajaan ditunjangi UMNO akan mentadbir negara apabila kebanyakan hasil kekayaan negara telah berpindah kepada pembangkang.
3.Keadaan ekonomi semasa yang kurang baik, dimana Negara mengalami krisis makanan dan harga pengguna yang tidak TERKAWAL serta pengangguran dikalangan SISWAZAH yang dianggarkan melebihi 60 ribu orang memerlukan sebuah kerajaan yang STABIL.
4.Pemimpin -pemimpin UMNO perlu kembali ke pangkal jalan, berbakti kepada rakyat dan ahli parti. Mereka perlu Bartaubat meminta keampunan Allah S.W.T.

(JOHOR) Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu Diserah Kepada Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 4 Mei (Bernama) -- Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene di sini hari Ahad.Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata beliau menyerahkan resolusi itu kepada Sultan Johor bersama-sama dengan empat anggota kongres lain.Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, Bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya termasuk menubuhkan "Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM)".Kongres selama tiga hari itu yang berakhir hari ini, diadakan berlandaskan dua perkara iaitu mewujudkan negara dan bangsa Malaysia yang selamanya berlandaskan kedaulatan Melayu serta persetiaan antara rakyat dengan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor, di sini.Kongres bertemakan "Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa" itu dihadiri 2,100 peserta dan 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, mulai Jumaat lepas.Ismail berkata antara tuntutan Perlembagaan termasuk mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia manakala tuntutan politik termasuk memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan Melayu.Beliau berkata tuntutan ekonomi antaranya mengandungi pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan manakala agama Islam menuntut meluaskan tafsiran prinsip Islam sebagai hikmah kehidupan, teras pemikiran dan sistem perundangan negara.Tuntutan Bahasa Melayu pula katanya, antaranya menuntut untuk mengekalkan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan subjek Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.Tuntutan pendidikan antaranya menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai alat komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa manakala sosial dan budaya menuntut penolakan sekeras-kerasnya gagasan, dasar dan pelaksanaan pelbagai budaya yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Katanya, sebuah sekretariat tetap akan ditubuhkan di bawah MMMM yang berfungsi melaksanakan segala tuntutan, pertahanan dan pengisian kedaulatan Melayu seterusnya mengatur pergerakan kongres pada masa akan datang.Ismail berkata Kongres Permuafakatan Melayu berpendapat kongres tersebut adalah relevan bagi membangkitkan kaum Melayu dan berkeyakinan resolusi tersebut akan dibawa ke Majlis Raja-Raja dan diterima pakai oleh kerajaan.Kongres ini diadakan berikutan dengan keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lepas yang mencetuskan banyak dilema di kalangan orang Melayu.--BERNAMA

(JOHOR) Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu Diserah Kepada Sultan Johor

BERNAMA 4/5/08

JOHOR BAHARU, 4 Mei (Bernama) -- Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene di sini hari Ahad.Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata beliau menyerahkan resolusi itu kepada Sultan Johor bersama-sama dengan empat anggota kongres lain.Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, Bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya termasuk menubuhkan "Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM)".Kongres selama tiga hari itu yang berakhir hari ini, diadakan berlandaskan dua perkara iaitu mewujudkan negara dan bangsa Malaysia yang selamanya berlandaskan kedaulatan Melayu serta persetiaan antara rakyat dengan Raja-Raja Melayu," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor, di sini.Kongres bertemakan "Kedaulatan Melayu Sebagai Paksi Kewujudan Bangsa" itu dihadiri 2,100 peserta dan 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, mulai Jumaat lepas.Ismail berkata antara tuntutan Perlembagaan termasuk mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia manakala tuntutan politik termasuk memohon Majlis Raja-Raja Melayu menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan Melayu.Beliau berkata tuntutan ekonomi antaranya mengandungi pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan manakala agama Islam menuntut meluaskan tafsiran prinsip Islam sebagai hikmah kehidupan, teras pemikiran dan sistem perundangan negara.Tuntutan Bahasa Melayu pula katanya, antaranya menuntut untuk mengekalkan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan subjek Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.Tuntutan pendidikan antaranya menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai alat komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa manakala sosial dan budaya menuntut penolakan sekeras-kerasnya gagasan, dasar dan pelaksanaan pelbagai budaya yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Katanya, sebuah sekretariat tetap akan ditubuhkan di bawah MMMM yang berfungsi melaksanakan segala tuntutan, pertahanan dan pengisian kedaulatan Melayu seterusnya mengatur pergerakan kongres pada masa akan datang.Ismail berkata Kongres Permuafakatan Melayu berpendapat kongres tersebut adalah relevan bagi membangkitkan kaum Melayu dan berkeyakinan resolusi tersebut akan dibawa ke Majlis Raja-Raja dan diterima pakai oleh kerajaan.Kongres ini diadakan berikutan dengan keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lepas yang mencetuskan banyak dilema di kalangan orang Melayu.--BERNAMA

(JB) 500 penghuni setinggan Kempas tuntut pampasan

UM 3/5/08

JOHOR BAHRU 2 Mei - Seramai 500 penghuni setinggan dari 13 kampung sekitar Kempas dekat sini meminta kerajaan negeri membela nasib mereka dengan memberikan pampasan berupa tanah, wang tunai atau penempatan yang lebih baik apabila mereka berpindah dari kediaman sedia ada.
Tuntutan itu dibuat dalam satu perhimpunan yang diadakan di pekarangan salah sebuah rumah penduduk terbabit di sini semalam.
Perhimpunan anjuran Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas itu diadakan berikutan penduduk enggan berpindah ke flat yang disediakan kerajaan di Projek Perumahan Rakyat Denai di situ pada Jun depan.
Pengerusinya, Ramli Ibrahim, 52, berkata, semua penduduk setinggan diminta menurunkan tandatangan meminta kerajaan memenuhi tuntutan mereka.
"Kerajaan suruh kami pindah ke flat 17 tingkat di Jalan Denai tetapi perumahan tersebut banyak masalah dan sedikit sebanyak akan mengganggu kehidupan seharian kami.
"Antaranya tiada lif, tong sampah, tempat letak kereta terhad, keselamatan, jalan raya yang baik, saluran sampah, tapak permainan kanak-kanak, sijil layak menduduki (CF) dan pihak penyelenggaraan,'' katanya.
Selain itu, tambah Ramli, penduduk di sini juga inginkan kepastian sama ada perpindahan tersebut hanya sementara atau sewa beli.
Katanya, pada bulan depan, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai permohonan itu.
Katanya, semua penduduk di situ hanya akan bersetuju berpindah sekiranya kerajaan memenuhi segala permintaan mereka.
"Kami hanya mahu kerajaan prihatin dengan nasib kami yang sebahagiannya telah tinggal di sini sejak lebih 15 tahun lalu,'' katanya.

(Pulai) UMNO Danga anjur program percambahan minda Ahad ini

UM 3/5/08

JOHOR BAHRU 2 Mei - UMNO Cawangan Danga akan menganjurkan program percambahan minda bertujuan mencari rumusan konkrit bagi dijadikan pelan tindakan ke arah memulihkan semula keyakinan ahli UMNO dan orang Melayu terhadap keupayaan parti itu.
Ketuanya, Mohd. Yunus Malek berkata, program yang akan diadakan di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Bukit Senyum, Ahad ini, dianjurkan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Kepimpinan UMNO Akar Umbi Bahagian Pulai.
Katanya, program itu atas permintaan ahli-ahli peringkat akar umbi UMNO bahagian itu ekoran prestasi buruk UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
''Ini bukan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), sebaliknya para peserta juga termasuk ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan lain di seluruh negeri yang benar-benar merangkumi akar umbi UMNO,'' katanya yang juga merangkap pengarah program tersebut, kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya lagi, antara mereka yang dijangka hadir pada program yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang itu ialah ketua-ketua Wanita, Pemuda dan Puteri dan ahli-ahli di peringkat cawangan lain.
KemerosotanMenurutnya, program berbentuk bengkel itu akan membincangkan beberapa tajuk iaitu punca kekalahan Barisan Nasional (BN) serta UMNO di beberapa negeri, kemerosotan undi BN dalam pilihan raya dan tindakan bagi memenangi semula hati rakyat.
''Turut dibincangkan adalah kaedah terbaik memilih pemimpin di semua peringkat, masalah dihadapi pemimpin cawangan, kaedah menangani fitnah pembangkang, kesan pembangunan projek mega kepada sosio ekonomi serta geopolitik orang Melayu,'' katanya.
Katanya lagi, isu-isu yang berkaitan sensitiviti kaum Melayu seperti ketuanan Melayu, agama Islam dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga akan dibincangkan.

Jumaat, 2 Mei 2008

(CERAMAH) PRU KE12: KESAN TERHADAP KETUANAN MELAYU

Contributed by Nor Azman bin Hasbullah
UMNO Cawangan Taman Aman akan mengadakan FORUM RAKYAT seperti butiran berikut:
Tajuk : PRU KE12: KESAN TERHADAP KETUANAN MELAYU
Tarikh : 4 Mei 2008(Ahad) jam 2.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Aman, Senai
Ahli Panel : Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Burhan, Setiausaha 1 GAPENA
Yang Berbahagia Dato Haji Adam bin Abdul Hamid, Pengerusi LKIM
Kami mengundang semua pelawat-pelawat laman mykmu Johor serta semua orang melayu untuk hadir ke program ini. Dialog akan diadakan. Semua pandangan, pendapat, cadangan dan kritikan akan diambil dan direkodkan untuk makluman dan tindakan UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Johor.
Nor Azman bin Hasbullah
Ketua UMNO
Cawangan Taman Aman
User Comments
Comment by muar on 2008-04-30 16:28:47clash ler pulak dgn majlis kat Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada UMNO Cawangan Taman Aman, kerana mengambil inisiatif membawa akar umbi bersama memikir nasib bangsa dan UMNO.
Comment by bahaman on 2008-04-30 17:37:19Saya cadangkan skretariat mykmujohor akan buat liputan khas majlis ini untuk disiarkan rumusan dari forum tersebut.
Comment by bagong on 2008-04-30 17:57:16Tahniah atas usaha Caw Taman Aman. Diharap wakil cawangan dapat menghantar rumusan forum berkenaan ke

' );
//-->
mykmujohor@yahoo.com
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
untuk disiarkan di www.mykmujohor.com untuk dikongsi bersama.
Comment by tunkulai on 2008-05-01 19:50:28tahniah kerana ingin menyatu semula melayu selepas PRU12. jgn pula majlis ini digunakan untuk mempopular individu tertentu untuk pemilihan umno bahagian yg akan dtg.Please login or register to add comments

(CERAMAH UMNO) Ceramah Perdana Ku Li di Batu Pahat Ahad Ini

Written by muar

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar dan Ahli-Ahli UMNO Bahagian Batu Pahat dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua ahli UMNO dimana jua berada ke majlis ceramah perdana dan dialog :
"MENGEMBALIKAN KERELEVENAN UMNO DI HATI UMAT MELAYU" yang akan disampaikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Gua Musang pada hari Ahad, 4hb Mei 2008 bertempat di Hotel Landmark , Jln Omar 83000 Bandar Batu Pahat. Majlis bermula pada 2.30 petang.
Semoga dengan kehadiran tuan /puan akan bersama-sama menyumbang ke arah memperkukuhkan UMNO dan Melayu. Sekian. Wassalam..
User Comments
Comment by blackshf on 2008-04-30 12:29:55Jom le kita datang beramai-ramai sokong Ku Li.
Comment by violet on 2008-04-30 12:41:50ok... saya akan ke sana bawak family sekali.
Comment by bagong on 2008-04-30 15:20:20Kawan akan datang ke sana. Kita gegar Bandar Batu Pahat. Semoga dapat input yang berguna.
Comment by muar on 2008-04-30 16:39:58apa pun pendapat kita terhadap Ku Li, kita kena hormati beliau kerana KEBERANIAN beliau untuk MENYUBURKAN demokrasi di dalam UMNO, dan keinginan beliau serta Niat beliau utk melihat UMNO kukuh semula.
Comment by tunkulai on 2008-05-01 19:44:44umno caw kulai besar akan menghantar wakil ke ceramah perdana ini. "HIDUP KU LI" semoga pengorbanan mu di rahmati allah demi menyelamatkan umno dam malaysia tercintaPlease login or register to add comments

(KULAI) Mukriz Rasmi Kursus Jati Diri Pemuda Kulai

Written by Bagong Perkasa

1 Mei 2008 - Pemuda perlu mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak mudah dibeli dan berdiri teguh kepada perjuangan UMNO yang sebenar. Datuk Mukhriz berkata demikian dalam ucapan perasmian 'Kursus Jati Diri' anjuran Pemuda Bahagian Kulai yang bertajuk "Memperkasa Maruah Bangsa". Kursus yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan YPJ di Sri Pantai Mersing ini disertai lebih dari 90 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan akar umbi Pemuda Umno Bahagian Kulai. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Kulai dan Ketua Pemuda Mersing

Beliau juga menyeru orang Melayu perlu memperkukuhkan kekuatan ekonomi dan kekuasan dalam pemerintahan supaya kita tidak segan untuk memerkatakan tentang Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu kini tercabar apabila beberapa negeri kini diperintah oleh DAP termasuk negeri yang mempunyai Timbalan Menteri bukan dari orang melayu.
Peningkatan ekonomi orang Melayu mestilah melebihi peningkatan ekonomi negara untuk menyeimbangi pegangan ekonomi bangsa lain . Tidak guna kita melaungkan Pertumbuhan ekonomi negara sehingga 6-7 % tetapi pertumbuhan orang Melayu hanya pada kadar 2-4% sahaja. Ini akan menyebabkan orang malayu akan terus ketinggalan lebih jauh kebelakang. Itulah yang dikatakan 'Perjuangan Belum Selesai' yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir, katanya.
Beliau menegaskan UMNO perlu bersikap terbuka dan tidak menyekat termasuk dalam petandingan sama ada peringkat cawangan, bahagian dan pusat. Beliau mengharapkan calon supaya tidak memburukkan mana-mana pihak tapi bertanding dengan menunjukkan kepimpinan dan arah tuju yang akan dibawa.
Katanya lagi pemilihan kali ini penting kerana ia menjadi tumpuan rakyat sama ada kita telah sedar dengan mesej rakyat dalam PRU12. UMNO juga harus membuka menerima seluasnya masalah dan teguran kemudian perlu menyelesaikan masalah rakyat.
Umno perlu kembali seperti pejuangan Dato Onn dimana UMNO merupakan parti yang benar-benar membela orang melayu supaya UMNO akan diterima kembali oleh orang-orang Melayu terutama golongan muda dan masyrakat di bandar.

(TENGGARA) 'Selesaikan Masalah Rakyat' Manifesto Mukhriz

http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=64&Itemid=53



Written by Bagong Perkasa
1 Mei 2008 - Pemuda Umno Bahagian Tenggara mengambil kesempatan sempena Cuti Umum Hari Buruh dengan mengadakan "Majlis Bersama Datuk Mukriz Tun Mahathir" yang diadakan di Orchard Golf & Country Club Kulai. Majlis itu bukan saja dihadiri oleh pemuda-pemuda UMNO Bahagian Tenggara malah beberapa ketua cawangan dan ketua wanita cawangan.
Antara tetamu lain yang hadir ialah Saudara Harisson (Exco pemuda UMNO Malaysia), saudara Zulkifli (Ketua Pemuda Jerlun), Saudara Nor Azmi (Ketua Pemuda Lembah Pantai), Saudara Razali (Pemangku Ketua Pemuda Pasir Gudang), Hj Razak (Ketua Pemuda Pengerang), saudara Jumadi (Ketua Pemuda Simpang Renggam), saudara Nur Nikman (Naib Ketua Pemuda Johor Bahru) dan Saudara Suhaimi (Ketua Pemuda Tenggara) sebagai penganjur majlis yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor.











Dalam majlis itu Datuk Mukriz memberitahu hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatan Tertinggi dalam Pemuda UMNO iaitu Ketua Pemuda Umno Malaysia. Namun begitu beliau mengharapkan lebih ramai pemuda yang merasakan layak untuk tampil bertanding tanpa sebarang sekatan tetapi berkempen secara sihat dan berhemah dengan tidak menyentuh hal peribadi. Beliau juga menyokong pemansuhan sistem kouta yang menurut beliau memberi kelebihan kepada penyandang atau orang yang mempunyai jawatan.


Beliau turut meluahkan perasaan sedih dengan kekalahn 5 + 1 BN dalam PRU12 yang lalu. Katanya, pemimpin perlu sedar kenapa kita boleh kalah sebegitu teruk yang pertama kali seumpamanya sepanjang sejarah pilihan raya di Malaysia. Menurut beliau sebab kekalahan walaupun banyak masalah yang timbul seperti masalah ekonomi tetapi pokoknya masalah ini datang dari kepimpinan yang tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat dan kepimpinan yang lemah oleh Pak Lah sebagai Perdana Menteri.


Menyedari hakikat itu beliau telah membuat satu sidang akhbar di Pulau Pinang selepas PRU12 dengan kenyataan berlapik agar kepimpinan Tertinggi mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini. Namun kenyataan berlapik ini telah disalah ertikan dengan sokong kepada Pak Lah. Oleh itu beliau telah menghantar surat kepada Pak Lah supaya berundur dan salinannya dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri serta Naib Presiden Umno

Beliau kesal kerana masih belum ada langkah drastik yang diambil untuk merelevankan UMNO terutama di kawasan bandar. Beliau menyarankan keahlian UMNO dimudahkan seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang.


Menurut beliau lagi pemuda perlu menanam kembali semangat Melayu dan bukan hanya dengan mengucup keris tetapi semangat yang jitu yang lahir dari hati nurani seperti yang dinyatakan oleh Datuk Hishammudin kepada beliau. Pemuda juga harus menjadi pendesak kepada kepimpinan UMNO seperti yang dilakukan oleh Datuk Harun dan Datuk Jaafar Albar.

Apabila ditanya mengenai Manifesto untuk pemilihan Ketua Pemuda beliau menjawab "Selesaikan masalah rakyat". Manifento ini adalah janji untuk terus bekerja keras demi rakyat disamping memenangi hati rakyat yang kecewa dengan UMNO sebelum ini.

(KHAS) Eksklusif: Rumusan Diskusi Pemuda UMNO Johor.

MYKMUJOHOR.COM


Written by Sang Nara Utama

Berikut adalah Rumusan Diskusi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yang bertajuk "Hala Tuju Kepimpinan Dan Masa Depan Orang Melayu" yang telah diadakan pada 20hb April 2008 bertempat di Grand Ball Room Aras 25 New York Hotel Johor Bahru.
DISKUSI PEMUDA JOHOR‘Hala Tuju Kepimpinan dan Masa Depan Orang Melayu’ anjuranBadan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

JAWATANKUASA INDUK DISKUSI PEMUDA JOHOR
PENASIHAT : YB Razali Hj Ibrahim
PENGERUSI : Sdr. Hj Abdullah Bin Md Yusof
TIMBALAN PENGERUSI : Sdr. Syed Hood Bin Syed Edros
TIMBALAN PENGERUSI 2 : Sdr. Khaled Bin Mohamed
SETIAUSAHA : Sdr. Hj Mohd Fuad Bin Tukirin
BENDAHARI : Sdr. Hatta bin Hj Mohd
AHLI JAWATANKUASA
YB Md. Jais Bin Sarday YB Hj. Rasman Bin Ithnain YB Ayub Bin Rahmat Sdr. Hj. Suhaimi Bin KhalidSdr. Jaigani Bin Jaafar Sdr. S. Razali Bin AliasDatuk Hj.Jefridin Bin Atan Sdr. Mohd. Youzaimi Bin YusofSdr. Rusdin Bin Mahamud Sdr. Hj. Mazlan Bin KatimonSdr. Nor Azman Bin Abd. Rahman Sdr. Mohammaden Bin AhmadSdr. Mohd. Zan Bin Abu Sdr. Mohd. Fadil Bin MuskonSdr. Mohammad Khairi Bin A. Malik Sdr. Zakaria Bin DullahSdr. Hj. Abdul Razak Bin Hj. Budu Sdr. Zahari Bin Sarip Sdr. Nordin Bin Omar Sdr. Zaidi Bin JaparSdr. Yazid Bin A. Samad
SETIAUSAHA KERJASdr. Hairull Bin Ismai
PETIKAN UCAPAN PERASMIAN YB RAZALI HJ IBRAHIMKETUA PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
Perjumpaan hari ini, bertujuan untuk meraikan petugas Pemuda disepanjang pilihan raya ke 12 kerana belum sempat bertemu. Maka kesempatan ini baik digunakan juga untuk mendapat maklumbalas bukan dalam bentuk RESOLUSI tetapi CADANGAN untuk dibukukan “Buku Diskusi Pemuda Johor”.
Manusia perlu ada perasaan tidak puashati kerana dalam hidup tiada kesempurnaan dan rasa tidak puashati itu akan menyebabkan kita berusaha memajukan diri. Tetapi perasaan tidak puashati ada had dan batasan agar keputusan yang dibuat harus berdasarkan kewarasan, rasional dan bukan dalam keadaan marah.
Merangka pelan tindakan bagi topik-topik dalam setiap bengkel sebagai satu saluran dari akar umbi kepada pucuk pimpinan.
UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYUUMNO masih satu-satunya parti yang mampu menjaga kepentingan melayu. Cuma pendekatan perlu diperhalusi melihat kepada landskap baru politik hari ini sebagai contoh, Kita terima hakikat bahawa umum seolah-olah menolak DEB kerana mereka tidak merasai tapi kita sedar bahawa orang melayu masih perlu dibela walaupun ada orang melayu sendiri secara terbuka menentang pembelaan ini. Kita terpaksa berhadapan dengan kejayaan sendiri walaupun kedaifan ilmu dan kemiskinan masih wujud. Perjuangan perlu melihat pada suasana dan bukan secara pukal tapi hendaklah secara lebih tepat kepada sasaran.
FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONALMengimbau semula perjuangan Dato’ Onn dulu. Mungkin telah tiba masa untuk sasaran itu dipertimbangkan semula dengan mengambilkira lanskap hari ini.
PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDARuang perlu diberikan agar Pemuda dapat menilai citarasa generasi muda setelah Pemuda dipersiapkan. Pemuda Johor perlu bertekad agar calon-calon yang dipilih diperingkat Cawangan, Bahagian dan Pusat adalah pemimpin yang mampu membawa kepada perubahan dan anjakan dalam landskap politik hari ini. Kita perlu lihat kepada cabaran yang terdekat. Sikap, watak dan tanggungjawab kita hari ini perlu dipancarkan. Calon-calon yang mengamalkannya, dilihat atau persepsinya menggunakan politik wang, angkuh dan kejar kuasa hendaklah ditolak.
HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INIKita mahu pemimpin yang amanah dalam kepimpinan dan benar-benar ikhlas menjaga kepentingan Negara termasuk orang muda. Mereka mahu suara mereka didengar dan sebenarnya ingin sama-sama menyumbang kerana mereka sayang akan masa depan mereka. Selama ini mereka tak pernah dipelawa dan diberi ruang untuk bersama.
Melayu masih berusaha untuk melepasi ditahap BERSATU jika dibandingkan dengan kaum lain yang telah mencapai tahap BERKHIDMAT dan insiden sejak 1957 yang tidak henti-henti terpaksa dilalui setiap 10 tahun kerana perpecahan yang berlaku. Baru sahaja bersatu dan mula hendak berkhidmat kepada bangsa, kita akan kembali bercakaran menyebabkan perancangan tergendala. Sehingga kini, kebanyakkan program yang dianjurkan dengan mengambil masa, tenaga dan wang ringgit kita hanya untuk menyatupadukan orang Melayu. Bilakah kita benar-benar dapat berkhidmat untuk bangsa kita.
UMNO mengunakan slogan BERSATU, BERSETA dan BERKHIDMAT sejak dahulu lagi. Cogankata yang ketiga BERKHIDMAT kita masih lagi relevan bagi orang-orang UMNO dari dulu hingga ke akhir ini tetapi BERSATU masih tidak dapat disempurnakan sampai sekarang. Orang Melayu masih berpecah belah di dalam mahupun di luar parti, kalau diimbas kebelakang masih ada sahaja masalah akan timbul bagi meretakkan hubungan orang-orang Melayu.
DISKUSI PEMUDA JOHOR‘Hala Tuju Kepimpinan dan Masa Depan Orang Melayu’anjuranBadan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
Pemuda Johor yang dikumpulkan hari ini adalah dengan tujuan untuk bertemu dengan kepimpinan Pemuda akar umbi yang mewakili 26 bahagian dari seluruh Negeri Johor bagi menyatakan rasa bangga dan terima kasih di atas peranan yang dimainkan oleh seluruh jentera Pemuda di dalam pilihan raya umum ke 12 sejak hampir 42 hari keputusan pilihan raya dicapai iaitu 8 Mac 2008. Dalam masa yang sama, selama tempoh tersebut sudah tentulah pelbagai maklumbalas yang mereka perolehi berikutan keputusan yang tiada sesiapa jua dapat menjangkakannya. Maka pada hari ini Ahad, 20 April 2008, selaku kepimpinan Pemuda peringkat Negeri Johor, iniasiatif di ambil untuk mencatatkan segala perkara yang dibangkit oleh suara akar umbi Pemuda Johor sebagai rujukan dan mudaha-mudahan ia dapat diguna bagi merangka Pelan Tindakan seterusnya.
Kami sedar sejarah pembentukkan Negara dilakukan di atas persetujuan pemimpin-pemimpin kaum berlandaskan kepada kerjasama dan kepentingan sesebuah parti dan bangsa. Ia dijaga dengan baik oleh kepimpinan yang dipersetujui di dalam Perikatan hinggalah kepada kerajaan Barisan Nasional sekarang ini yang mana UMNO adalah tunjang kepada penyatuaan dan kewujudan tersebut. Persetujuan juga dicapai di antara orang Melayu dan juga bangsa lain sehinggalah terbentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya juga berkait dengan sistem Raja Berperlembagaan, Agama Islam agama rasmi, Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu, Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu sebagai peribumi dalam masa yang sama tidak diketepikan hak-hak bangsa lain. Semua ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Negara. Secara tradisinya Presiden UMNO itu akan menjadi Perdana Menteri berdasarkan tradisi dan sistem demokrasi dalam Negara yang diamalkan melalui proses pilihan raya di atas kerjasama parti yang mewakili kerajaan iaitu Barisan Nasional. Faktor inilah menjadikan Presiden UMNO itu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan persetujuan bukan saja ahli UMNO tetapi parti-parti komponen dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agung. Di dalam sejarah UMNO dan Melayu itu sendiri, kita telah melahirkan beberapa Presiden parti yang juga Perdana Menteri yang berkaliber serta diyakini bukan saja ahli UMNO juga kaum lain melalui komponen parti. Ekoran kesan daripada Pilihanraya ke 12, dengan kekalahan beberapa calon UMNO dan calon-calon komponen dalam parti Barisan Nasional itu telah sedikit sebanyak menyebabkan hilang kepercayaan bukan saja ahli UMNO tetapi juga kaum-kaum lain ditambah pula dengan percanggahan pendapat dengan Institusi Raja, maka dengan itu sebagai ahli UMNO, kami merasakan cukup sedih dan khuathir dengan suasana yang melanda parti di kala ini.
Tiada yang mengetahuinya selain Allah yang maha esa, namun kemerosotan keputusan pilihan raya turut diletakkan kepada generasi muda yang dikatakan alpa dan enggan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditanya kepada yang muda, mungkin mereka mengatakan bahawa ia berpunca daripada kegagalan kita untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dari masa ke semasa secara keseluruhannya serta hadirnya pemimpin muda selalunya dibimbangi dan dirasakan menjadi batu penghalang kepada pemimpin-pemimpin yang telah lama. Mereka-mereka ini melihat akan kemunculan ramai pemimpin baru dan muda akan membuatkan kedudukan mereka tergugat, maka dengan itu pemimpin yang ada akan menggunakan segala kuasa dan peluang yang ada untuk menyekat kemaraan dan kemasukan pemimpin baru dan muda ini. Apabila ini berlaku kita dapat melihat pada hari ini kesan daripada tindak tanduk mereka yang tidak bertanggungjawab dengan itu UMNO telah mula kehilangan dan sokongan ahli serta orang Melayu oleh kerana sikap-sikap mereka yang sedia ada. Apapun, pendemokrasian UMNO perlu segera dilakukan. Sistem pemilihan pemimpin dalam UMNO juga perlu disuburkan. Dalam masa yang sama juga kita mahu melihat UMNO itu terus kekal, satu keberanian dituntut bagi membenteras secara keseluruhan salah laku politik termasuk penggunaan politik wang, politik untuk mendapatkan kuasa dan politik berkepentingan peribadi serta puak-puak tertentu sahaja.
Maka pada hari ini Ahad, 20hb April 2008 bertempat di Ballroom Hotel New York Johor Bahru, kami atas rasa tanggungjawab untuk menyatakan hasrat dan suara akar umbi, bersepakat dan bersetuju bahawa untuk melihat UMNO itu terus kekal dan relevan sepanjang zaman serta menjadi parti kepada yang mendokong orang Melayu, transformasi di dalam parti amatlah dituntut. Perlu ada perubahan yang menyeluruh dari segi kepimpinan, sokongan ataupun sumbangan kepada parti. Ahli mesti berani membuat transformasi ini dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang gagal melaksanakan amanah, tidak bertanggung jawab dan lari daripada landasan perjuangan yang sebenar, perlunya ada ‘check and balance’ di antara pemimpin dan kepimpinan. Keputusan yang di buat ini juga adalah bersandarkan rasa tanggungjawab kepada generasi akan datang kerana kami sedar bahawa kami perlu terus mempertahankan nikmat hidup yang kami kecapi setelah 50 tahun kemerdekaan Negara dalam suasana yang Selamat Aman Makmur. Berdosalah kami sebagai umat Melayu dan pemimpin kerdil ini sekiranya kami gagal memperbaiki seterusnya mempertahankan keamanan dan keselesaan ini. Kami sentiasa mengucapkan terima kasih diatas usaha-usaha gigih serta sumbangan suci pemimpin-pemimpin terdahulu dari kami yang berusaha mempertahankan keharmonian dan keamanan seperti mana yang telah kami kecapi pada hari ini.
Bagi menyumbang kepada usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional, maka empat (4) Bengkel dibentuk di dalam perjumpaan ini dengan hasrat dapat dijadikan panduan. Suara ini dikutip dan dimasukkan bukan sebagai pendirian apatah lagi untuk menekan mana-mana pihak, tetapi ia cuma merupakan suara akar umbi. Yang baik dijadikan panduan, yang tidak dijadikan sempadan. Empat Bengkel tersebut ialah, (1) UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU, (2) FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONAL, (3) PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDA dan (4) HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INI. Atas rasa tanggungjawab walaupun sumbangan ini kecil, kami yakin ia dapat menyumbang kepada hasil yang amat bermakna. Maka di kemukakan di sini dapatan dari perkumpulan Pemuda Johor tersebut.
RUMUSAN DISKUSI PEMUDA JOHOR
1. Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku. Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada moto UMNO, " BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT". Ahli parti pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada matlamat dan tujuan UMNO ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan negara. Sebagai parti yang ahlinya orang Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam, budaya UMNO mestilah budaya Melayu berpegang kepada Ajaran Islam yang menjadikan AL-QURAN dan AL-SUNNAH sebagai panduan dan rujukan. Pemulihan integriti pemimpin dan parti agar menjadi role model dan peneraju kepentingan rakyat.
2. Peningkatan program, aktiviti dan latihan agar penghayatan perjuangan parti diterapkan ke generasi muda dalam dan luar UMNO. Pengupayaan Pemuda UMNO dari segi keperluan mengerakkan agenda kerja parti, menjaga kebajikan ahli dan menjayakan hasrat generasi muda. Fungsi dan peranan sebenar ini boleh dipertingkat melalui Akademi Pemuda supaya pemimpin yang dipertanggungjawabkan akan lebih berperanan dalam memacu hasrat dan kehendak ini dapat dilaksanakan dengan baik.
3. Penambahbaikan struktur pemilihan dan aturan mesyuarat parti yang memastikan wakil dan suara Pemuda wujud dan berkesan. Penambahbaikan struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran agar proses peremajaan dan mensemasakan parti sentiasa berlaku. Kembalikan kepada asas dan tujuan penubuhan Pemuda yang menjadi check and balance dalaman parti dan menjuarai kepentingan rakyat.
4. Menyuburkan sistem untuk pemilihan pemimpin. Pendemokrasian UMNO supaya diberikan lesen untuk berkempen atau berdebat untuk memastikan kepimpinan yang baik ke tahap yang lebih baik. Pertandingan seharusnya dilihat agar menjadi sesuatu yang lebih baik.
5. UMNO tidak perlu pemimpin yang tidak amanah, bertanggungjawab dan tidak memperjuangkan agenda melayu dan lari dari landasan perjuangan sebenar. Maka ahli perlu berani membuat reformasi kepimpinan. Agar perlu adanya ‘Check and Balance’ di antara pemimpin dan kepimpinan.
6. Pembenteras politik wang perlu segera di atasi supaya pemilihan untuk menentukan kepimpinan tertinggi parti dibuat secara menyeluruh. Dengan cara itu, pemimpin yang naik menerusi politik wang tidak akan berjaya. UMNO tidak memerlukan pemimpin mereka yang bernama Melayu tetapi tidak melambangkan keMelayuan dalam segala tindakan, peranan, tanggungjawab, amanah yang diberikan parti dan rakyat.
7. UMNO perlu mengukuhkan ekonomi bangsa melayu itu sendiri bukan kaum yang lain. UMNO perlu menimbangkan membuka keahlian kepada bukan melayu bagi memperkuatkan parti itu sendiri. Setiap kelemahan UMNO/Barisan Nasional perlu diperbaiki dengan segera. Pemimpin UMNO perlu menjaga kepentingan orang melayu dari bangsa lain.
8. Ekoran daripada peristiwa 1969, rasa tidak puas hati orang-orang Melayu telah membuatkan kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 dengan harapan dapat membantu mengatasi tahap kemiskinan dan mempertingkatkan ekonomi orang melayu serta menjaga kepentingan hak-hak kaum lain. DEB ini harus diteruskan memandangkan tahap ekonomi Melayu tidak lagi mencapai ketahap yang ditetapkan (30%). DEB itu perlu diteruskan untuk membela nasib bangsa Melayu dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada kaum-kaum yang lain cuma kita mencadangkan peranan dan tanggungjawab dan perlaksanaan dapat diperbaiki. GLC hendaklah dipimpin atau diketuai oleh profesional UMNO yang berpengalaman atau berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu. GLC haruslah diterajui oleh bekas/pemimpin ataupun professional-professional UMNO yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu juga mempunyai integriti yang tinggi dengan semangat sayangkan Agama, Bangsa dan Negara. GLC ini telah gagal memainkan peranan dalam memperkasakan agenda Melayu di dalam setiap syarikat-syarikat yang diterajui oleh mereka yang tidak mempunyai semangat itu tadi.
9. Pencalonan untuk penentuan calon pilihan raya diperhalusi agar proses menentukan calon pilihan raya hendaklah dirunding dan mengambilkira cadangan dari kepimpinan UMNO Bahagian kerana ahli-ahlinya lebih berhak untuk menentukannya kerana mereka yang menjaga akar umbi selain dari mendapat pandangan dan nasihat dari Pengerusi Perhubungan dan Presiden Parti sahaja.
10. Barisan Nasional masih relevan untuk memperjuangkan setiap kaum. UMNO hendaklah menjadi tuan, yang memandu hala tuju perjuangan (DRIVER) dan hendaklah mempunyai pemimpin yang kuat tegas dan berkredibiliti, yang boleh membawa Barisan Nasional ke arah yang lebih gemilang dan bukan menjadi tunggangan oleh orang lain.
11. Pemimpin UMNO/BN perlu tegas dan tiada tolak ansur kepada parti komponen yang mengundi mengikut idealogi kaum kerana ia akan melemahkah parti itu. Semua calon-calon hendaklah dipilih berdasarkan majoriti kaum di sesuatu kawasan dan juga calon hendaklah dipilih berdasarkan cadangan dari bahagian serta datang dari kawasan yang sama bukan ‘PAYUNG TERJUN’.
12. Kegagalan UMNO/BN ialah apabila kita melaksanakan sesuatu program itu ia hanya tertumpu pada ahli sahaja sedangkan dalam masa yang sama di luar sana masih ada orang melayu yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi menyokong kerajaan yang sedia ada. Adalah amat perlu agar program-program selepas ini haruslah menjurus kepada perkara-perkara yang boleh menambahkan kekuatan UMNO/BN.
13. Barisan Nasional masih releven dihati penduduk malaysia banyak perkara perlu dikaji-selidik agar ia bertambah releven dan kuat bagi menjamin masa depan yang cemerlang untuk setiap masyarakat, ia perlu dikupas dari sudut mengkaji semula kerjasama dari parti-parti komponen agar ia tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan mengakibatkan jatuhnya melayu itu sendiri. Berpendirian tegas agar tidak dipermainkan oleh bangsa lain dan memperkuatkan barisan serta melahirkan pemimpin yang tegas dan kuat bagi menangani setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
14. Setiap maklumat dari bawahan harus diambil perhatian kerana semua maklumat ini harus di kaji keberkesanannya, kerana ia datangnya dari suara akar umbi. Mengawal Media Massa dan Media Elektronik agar membantu kerajaan bukan tempat medan peperangan antara parti.
15. Sistem Pengintegrasian dalam Pendidikan diperkembangkan bagi menjamin kerukunan kaum dari peringkat sekolah diterapkan serta meneliti agar setiap pembangunan yang dilaksanakan tidak lebih ditumpukan kepada kawasan bandar dan harus ditekankan di kawasan luar Bandar.
Bengkel 1
UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU
Pengerusi : Sdr Zakaria Bin DullahFasilitator : En. Abd Mun’em Bin Mahmad Muhtar
Peserta
Zulkarnain Bin Kamisan Pt Sulong Id Azalan Bin Banyamin PulaiZaimee Bin Ismail Pulai Abd Kadir Bin Ali SembrongZaini Bin Ismail K/Tinggi Sulaiman Bin Hj Nor SembrongAnuar Bin Abd Manap Sekijang Asraf Bin Moktar PagohKamarulZaman Bin Ahmad Sembrong Mohd Razali Bin A Rahman PagohAli Mazat bin Salleh Kulai Yusof Bin Ishak JBAnafiah Bin Othman Pengerang Rahmat Bin Junid S/GadingRazip Bin Ahmad Pengerang Shukor Bin Hassan S/GadingKasiyan Bin Yaidi Pt Sulong Mohd Syirazi Bin Kamaludin JBAbd Rahim Bin Ahmad Pt Sulong Mohd Yassin Bin Mohamad S/renggamMohd Fadzly Bin Rusdi P/Gudang Saifudin Bin Sulaiman MuarAhmad Roh Bin Ariffin P/Gudang Mohd Amin Bin Ibrahim B/PahatIlias Bin Ahmad A/Hitam Suhaimi Bin Adnan B/PahatAbd Aziz Bin Sabtu Muar Alimin Bin Mohamad B/PahatMohd Hasri Bin Hj Salim Muar Mohd Zaki Bin A Mutalib TenggaraHatta Bin Alias Muar Saharuddin Bin Selamat TenggaraNorrahman Bin Hassim Muar Mohd zaini Bin Md Yusof TenggaraSyed M Firus Syed Mustafa Segamat Mohd Ridza Bin Abd Latif JBMohd Ismail Bin Amin Kulai Asmawi Bin Ponimin JBAyub Bin Yasir G/Patah Nazim Bin Jamak PengerangIsmail Bin Sharif G/Patah Zuraidi Bin Ahmad Izomi KluangDarwis bin Jumadi Tg Piai Hj Ismail Bin Shariff BakriZul Edman Bin Wagiman Labis Azlizam Bin Misuan BakriRazali Bin saleh Labis Mohd Zamri Bin Selamat BakriSamsudin Bin Ismail Kluang Jeffri bin Nordin BakriMohd rafiee Bin Hussein JB Mohd zali Mokri PontianHasni Bin Melan JB Mohd Han Ithnin PontianMohd Ali Bin Mohd Saleh JB Mohd zali Mokri PontianShamsuddin Bin Tamsir Kluang shukor Bin Mohamad S/GadingSirat Bin Semani Mersing Mohd Noh Bin Sulong S/GadingShamsudin Bin mokhtaram Mersing Rohazam Bin Shah Ahmad P/GudangRohsawal B. Ab Ghafar Tebrau Azmi Bin Mohamad P/GudangZuraimi Bin Khamis Tebrau Arif Bin Salim PengerangArjeni Bin Selamat Tebrau Mohd Talib Bin Mohd Salim KluangMohd Faizal Bin Lakimon K/Tinggi Harun Bin Md Amin TgPiaiMd Salihin Bin Sukimi Segamat Shamsul Kahar Bin Othman MuarMd Zamri Bin Ali Segamat Jumain Bin Mohamed MuarIshak Bin Hj Ismail K/Tinggi
ISU DAN CADANGAN
1. Mengadakan pendekatan dari peringkat sekolah bagi membentuk program seperti kompang, zapin dan sukan demi mewujudkan suasana dan semangat terhadap UMNO.
2. Ahli UMNO melebihi 4 juta tetapi tidak sampai 1 juta yang menyokong. Tidak tahu ahli cawangan menyokong UMNO. Punca kemusnahan adalah dari barisan teratas. Peratusan undian bangsa Melayu semakin berkurangan. Cadangan meningkatkan jumlah pengundi. 3. Calon-calon yang bertanding menawarkan diri perlu dikenalkan di semua peringkat agar tiada politik wang yang terlibat.
4. Mencadangkan supaya menukar Presiden UMNO atau mengubah pucuk pimpinan sedia ada dalam keadaan seberapa segera. Begitu juga Timbalan Presiden selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya
5. Calon dipilih di peringkat bahagian tidak dipedulikan, ia menimbulkan ketidak puas hati masyaratkat untuk membantu calon.
6. Pemimpin UMNO diperingkat bahagian dan pusat mesti ada hala tuju, jangan hanya pandai bercakap dan diperingkat akar umbi perlu ada revolusi kepimpinan. Apakah jaminan rumusan ini akan sampai ke pucuk pimpinan parti.
8. Kepercayaan org melayu hilang / suara akar umbi tidak sampai ke peringkat bahagian/parlimen. Melantik ketua/timbalan baru agar kedua-dua boleh bekerjasama. Perlunya mendengar ‘silent protes’ dari akar umbi.
9. Kepimpinan dalam UMNO melangkah turun dengan membuat muhasabah diri dan berani nyatakan hak dan kebenaran. Supaya tiada hubungan kekeluargaan dengan pihak tertinggi dan perlunya ada ‘check and balance’
10. Kurang ketegasan dalam parti, baik dari bawah hingga ke atas. UMNO perlu lebih terbuka dan bukan melalui keturunan.
11. Kelonggaran parti adalah disebabkan pihak atasan. Menyemai semangat sayangkan UMNO dan mengheret kembali UMNO ke akar umbi. Diwujudkan program-program khusus untuk mendapatkan persepsi yang betul dan berasas. 12. Merekrut ahli baru dengan mendidik melalui program-program yang relevan untuk perjuangan UMNO. Menganjurkan program pengetahuan dan kefahaman tentang sejarah bangsa melayu bagi memperkukuh sistem pembelajaran sejarah kepada anak bangsa.
13. Pentingnya meneliti kesan DEB untuk membantu orang melayu dan masyarakat Malaysia. Pengagihan kekayaan Negara di monopoli orang tertentu dan dalam masa yang sama diperingkat akar umbi ini di anak tirikan.
14. UMNO untuk kerajaan, menganjurkan kursus-kursus kepada kakitangan kerajaan tentang parti keseluruhannya. Perlunya ada cara-cara yang betul untuk menangkis persepsi yang tidak betul.
15. Biro-Biro UMNO diperingkat tertinggi perlu digerakkan dan bertanggjungjawab keatas apa saje program bagi biro-biro peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan.
Bengkel 2
FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONAL
Pengerusi : Sdr. S Razali Bin AliasFasilitator : En. Mohd Saidin Bin Misnan
Peserta
Ismail Bin Esa P/Gudang Mohd Hasbullah B. Awang PulaiSahid Bin Ammun G/Patah Faizal Bin Masbari PulaiMohd Jajaluddin Bin Rahim Mersing Abd Rahman Bin Duni S/RenggamZulkifli Bin Rusad Pontian Azman Bin Own S/gadingZulkifly Bin Abd Wahab Pengerang M. Noorhisham Abu Bakar K/TinggiNazim Bin Jamak Pengerang Mohd Ali Bin Abd Rahman TebrauRazuan Bin Ngisak Pengerang A. Mohamad Bin Ibrahim B/PahatAmiruddin Bin Othman Pt Sulong Salim Bin Wagiman PagohSaripul Bahri Bin Roslan Pt Sulong Khaorol Anuar Bin Basreh G/PatahAbd Hadi Bin Mohd Zainal Pt Sulong Azlan Bin Ayob S/GadingRasman Bin Asmuri A/Hitam Herwan Bin Abd Hamid JBMohd Supian Bin Johari A/Hitam Radin Kamarul Affendy JBShamsuddin Bin Mokri Muar Halipi Bin Ma'asip PengerangSamuji Bin Kamsan Bakri Zulkifli Bin Abd Wahab PengerangMohd saiful Bin Ab Rahim Bakri Azmin Nizam Bin Alias B/PahatJumain Bin Muhamad Muar Azman Bin Jamari B/PahatMohd Hisyamudin B Sanusi Muar Suhairi Bin Mahful B/PahatMohd azam Bin Saadon Kulai Abd Razak Bin Jamah B/PahatAbd Rahman Bin Abdullah Kulai Fadzilulkhair Bin Yusof TenggaraZulkiefli Bin Mohd Payeng Kulai Misnor Bin Bujang PontianJusoh Bin Sulaiman G/Patah Zuraidi Khalid PontianHamdan Bin Johan G/Patah Ridzuan Bin Mat Kiah JBMohd Isa Bin Sukmah K/Tinggi Misnan Bin Ahmad JBKhairol Nizam B Abu Bakar Bakri Kapli Bin Daud MersingZamaluddin Bin Hj wahid Labis Samsul Kamar Bin Othman K/TinggiNorazizi bin Md Omar Labis Azman Bin Tumin TebrauSeran Bin Mohd Sahar Labis Huzaimi Bin Husin TebrauKamal Bin Abd kadir JB Najahan Bin Maskom P/GudangMohd Zaki Bin Zakaria sekijang
ISU DAN CADANGAN
1. Mengganggap BN masih releven beliau nyatakan agar semua parti komponen di peringkat Bahagian mahu pun Pusat agar kerap duduk berbincang.
2. Beliau menyatakan hasrat agar faktor calon dikaji semula, tidak perlu tolak ansur dengan parti komponen, pencalonan calon berdasarkan majoriti kaum. BN masih releven, perlu meletakkan calon berdasarkan majoriti kaum.
3. Program UMNO hendaklah banyak bersama parti komponen, bukan syok sendiri. UMNO harus mengkaji gerak kerja dan kerjasama dengan parti komponen bukan untuk Pilihanraya sahaja.
4. Pemimpin melayu perlu lebih membantu orang melayu, sekarang ini kebanyakan orang melayu tidak terbela kerana pemimpin melayu sibuk melayan kaum lain untuk kepentingan diri.
5. Berpendapat sekarang ini kaum @ parti komponen mengundi berdasarkan ideologi kaum, ini perlu dikaji. Faktor calon harus dikaji dengan mengambil kira pencalonan dari pringkat bahagian.
6. Masalah pendidikan harus dititik beratkan pegasingan sekolah harus dihapuskan.
7. Setiap wakil rakyat tidak perlu memegang jawatan selama 2 penggal, kajian harus dibuat bagi memberi peluang muka-muka baru.
8. Pemimpin perlu mengutamakan perjuangan bangsa serta pemimpin perlu tegas.
9. UMNO perlu memperkuatkan ekonomi bangsa melayu dahulu bukan menjaga kaum yang lain. Perlunya pemimpin yang kuat dan tegas agar bangsa melayu tidak ditindas di bumi sendiri.
10. Malaysia negara majmuk , setiap kaum harus dibekalkan panduan tentang kontrak sosial dan harus memahaminya.
11. Pemuda parti komponen tidak keluar untuk membantu calon-calon mereka menganggap semua ini harus di galas oleh Pemuda UMNO.
12. UMNO kena memikirkan jalan agar menubuhkan 2 @ 3 parti melayu untuk menyaingi parti lain dari segi kaum contoh MCA dan Gerakan mewakili kaum cina, MIC dan PPP mewakili kaum India.
13. UMNO sering mengadakan aktiviti bersendirian tidak bersama komponen. Kekuatan parti komponen harus dikecilkan. Kurangnya komunikasi antara kaum dan pemimpin atasan sering mengunakan orang tengah.
14. Sistem perpaduan komponen perlu dikaji. UMNO perlu dibuka kepada bangsa asing bagi memperkuatkan parti ini sebagai contoh PKR.
15. Pemimpin perlu tegas dan perlu mengunakan kuasa veto dan tidak perlu tolak ansur agar ia dapat menangani semua isu dan menutup mulut parti-parti komponen.
16. Barisan National lemah ini perlu dikaji, kelemahan ini berpunca dari ada ‘duri dalam daging’ dalam parti dan Kebanyakkan maklumat-maklumat tidak sampai ke pihak yang lebih tinggi mohon semoga setiap suara akar umbi perlu diambil kira.
17. Kita harus menjadi ‘driver’ kerana kita adalah tuan ditanah melayu.BN masih releven, pemimpin perlu tegas dan kuat agar semua kaum perlu tahu.
18. BN perlukan kerjasama yang kuat dari setiap lapisan masyarakat dan juga kaum-kaum lain bagi memastikan ia tetap dihati penduduk Malaysia.
19. Mengkaji semula komponen BN (MCA) meminta TPM dari bangsa cina (semasa menyelidiki mesej orang cina di pulau pinang).
20. Calon-calon Barisan National hendaklan dari kawasan mereka bukan dari luar. Calon harus mengikuti majoriti kaum demi menjaga hati mereka.
21. MCA dan DAP memperjuangan mesej yang sama. Beliau juga meminta agar semua kakitangan yang tidak menyokong Barisan National /kerajaan agar dibuang tidak perlu di tukarkan kerana ia akan memberi pengajaran kepada yang lain.
Bengkel 3
PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDA
Pengerusi : Tn. Hj Abdul Razak Bin BuduFasilitator : Dr. Azizi Bin Yahya
Peserta
Juraimee Bin Hassan Segamat Mohd Nizan Bin Abd Rahim K/TinggiMohd Azmi Bin Johar Bakri Shamsul Kahar Bin Othman PulaiMohd Rafiee Bin Beran P/Gudang Zulkifli Bin Talib SembrongZalaludin Bin Marzuki P/Gudang Azizul Bin Ali KlauangSyahrin Bin Jamaludin Tebrau Mohamad Bin Jamaludin SembrongZaki Bin Ahmad Pengerang Raziman Bin Supian PagohTofek Bin Mohd Noh Pengerang Salikin Bin Md Lani PagohHadi Sydee Pengerang Ahmad Bin Hj Kayat KlauangJamal Bin Abd Kadir Pt Sulong She Hadi Bin Awab S/GadingRosli Bin Ikhsan Pt Sulong M. Affendi Bin A Rahman S/RenggamNoor Din Bin Sujak Pt Sulong Zulhamizi Bin Tabran S/RenggamMohd Isa Bin Bajuri A/Hitam Mohd Fadzli Bin Hassan K/TinggiAbd Razak Bin Abu A/Hitam Azizul Kamar Bin A Rahman B/PahatMohd Dali Bin Abdullah A/Hitam Rashid Bin sahari B/PahatSelamat Bin Takim Muar Nizam Bin Mashod B/PahatMohd Izam Bin Ismail Muar Jumaat Bin Sarju TenggaraBudi amin Bin Kudari Muar Zahrin Bin Jamail K/TinggiInderaPutra bin Ismail Muar Ramlan Bin Padi TenggaraHadi Bin Badar Kulai Zuhairee bin Jamlus JBZainuldin Bin atan Kulai Nor Nizam Bin Rahmat JBAmbiah Bin Jais G/Patah Mohd Zahidin Bin Yunos SegamatHaris Fadzillah Bin Esa G/Patah Mohd Topek Bin Md Noh PengerangAziz Bin Mohd Amin G/Patah Faizal Bin Khaidzir PengerangM Hafiz Bin M Barkawi Tg Piai Farid Shah Bin Zainuddin BakriSenu Bin Daud sekijang Yusaini Bin Daud PulaiNor Ashikin Bin Ismail Labis Mohd Hasbulah Bin Awang PulaiSyed Amiruddin Bin S Jaffar JB Yusof Bin Ahmad G/PatahHazlan Bin Ahmad JB Mohd Halipi Bin Ma'asip PengerangM Tom Gadafi B Anwary JB Sarul Nizam Bin Sahman K/TinggiMohd Yusaini Bin Hj Yousup Mersing Ismail Bin Badar S/RenggamNazri Bin Ahmad Mersing Irwan Bin Badar TebrauSahlan Bin Hj Adam Mersing Irwan Bin Ibrahim TebrauMohd Yusof Bin same Tebrau Norazhar Bin Abd Hamid S/RenggamKhairul Anuar Bin Mashuri Tebrau Mohd Shaeyfulnaezam P/GudangAzhar Bin Ahmad Pulai Mohd Rizal Bin A sam Pengerang
ISU DAN CADANGAN 1. Penghulu, Ketua Kampung tidak perlu aktif dalam politik sebaliknya perlu fokus kepada urusan pentadbiran Mukim dan Kampung. Perpecahan dalam kampung kerana adanya konflik antara Ketua Kampung dan Ketua Cawangan. 2. Pemimpin UMNO dan pemimpin masyarakat perlu menjalin hubungan dan kesefahaman yang erat. Jalinan ini penting untuk mengukuhkan parti UMNO. 3. Ahli Parti, Pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada Moto UMNO, BERSATU BERSEDIA DAN BERKHIDMAT. 4. Pemimpin perlu memberi penjelasan dan penerangan serta kefahaman yang jelas tentang isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang. Contoh isu kenaikan harga barang supaya benar-benar difahami dan diterima oleh rakyat. 5. Pemimpin juga perlu telus dan bersih dalam mengurus dan mentadbir Jentera Pilihanraya dan Peruntukan Pilihanraya perlu diagih secara teratur dan telus. 6. Keberkesanan kepimpinan Pemuda disemua peringkat perlu ditingkatkan. 7. Pemuda perlu membanyakkan aktiviti yang melibatkan akar umbi, bukan aktiviti/program yang melibatkan pemimpin peringkat tinggi sahaja. 8. Pemuda perlu merapatkan jurang pemisah antara pemimpin peringkat tinggi dengan pemimpin dan ahli-ahli di peringkat bawah/akar umbi. 9. Pemimpin perlu kembali kepada formula BN 1999 - 2004 yang terbukti memberi kejayaan yang besar kepada UMNO dan kejayaan Barisan Nasional. 10. Pemuda di peringkat negeri perlu memperbanyakkan program disamping dapat menyalurkan maklumat terus dan peringkat pusat ke akar umbi. 11. Pemuda hilang fokus. Kefahaman tentang UMNO perlu disuburkan kembali dijiwa setiap ahli Pemuda supaya ahli parti dapat berperanan secara berkesan memantapkan parti UMNO. 12. Ahli parti dan pemimpin Pemuda perlu menjadi agen penyampai suara rakyat terus kepada pucuk pimpinan Pemuda supaya suara hati rakyat dapat didengar dengan jelas, tidak tersangkut di peringkat Bahagian dan Negeri. 13. Pemimpin berperanan menjadikan UMNO parti membela rakyat bukan parti membela pemimpin. Hingga ahli parti ghairah untuk jadi pemimpin. Akibatnya hilang fokus terhadap tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin. 14. Pemimpin parti perlu mengambilkira pandangan rakyat dan pemimpin akar umbi dalam menentukan calon wakil rakyat, supaya calon yang dipilih menepati aspirasi rakyat. Tidak dibuat berdasarkan percaturan untuk kepentingan politik pemimpin di peringkat yang lebih tinggi. (Kepentingan Ketua Bahagian, Pengerusi Badan-Badan Perhubungan Negeri Dll). 15. Pemimpin-pemimpin Pemuda perlu muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri bagi mempastikan ciri-ciri pemimpin yang disenangi rakyat. 16. Pemimpin di peringkat yang lebih tinggi perlu memikirkan kebajikan pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat akar umbi agar dapat dibela dan dibantu sewajarnya sesuai dengan pengorbanan yang telah diberikan untuk parti. 17. Post motem, kajian dan pelan tindakan yang konkrit perlu dibuat terhadap saluran 3 dan 4 yang kalah teruk perlu dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13. 18. Penterjemahan Pilihanraya ke 12 dilihat seperti konsep dacing. Kekalahan di kerusi-kerusi berkaitan mengambarkkan kelemahan kerajaan dan kekuatan pihak lawan. Pucuk pimpinan perlu merangka plan Strategik melalui perancangan kempen halatuju dan manifesto yang lebih baik untuk mengatasi pembangkang. 19. Pemimpin-pemimpin Pemuda perlu diiktiraf dan diletak/dilantik dalam orginasasi kerajaan yang berfungsi, menjurus kepada mengurus kepentingan rakyat seperti Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Ini akan melatih Pemuda supaya lebih peka dan bertanggungjawab kepada rakyat. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pemuda . 20. Pemimpin Pemuda perlu mengambil bahagian secara proaktif dalam memberi kefahaman Konsep Islam Hadari kepada golongan muda. Ramai orang muda masih keliru terhadap Konsep Islam Hadari supaya islam dan bukan islam faham konsep sebenar. Perlaksanaan dalam sistem ekonomi juga perlu mengambarkan kerajaan mengamalkan Islam Hadari. 21. Pemuda perlu memperkemas dan memperbaiki jentera pentadbiran di setiap peringkat supaya lebih teratur dan pratikal. Urusan dipermudahkan melalui sistem internet. 22. Pemuda sendiri perlu berperanan sebagai wakil rakyat kecil dengan mengambil inisiatif membantu rakyat menyelesaikan masaalah. Khususnya urusan yang melibatkan kelompok kecil masyarakat dan individu. 23. Pemuda cawangan-cawangan perlu mewujudkan peti aduan rakyat di setiap cawangan. Maklumat/masaalah dibincang di peringkat Pemuda Bahagian. 24. Pemuda perlu mewujudkan Biro Pengaduan Awam Pemuda di peringkat bahagian-bahagian. 25. Pemuda negeri perlu menganjurkan konvensyen/program diskusi setiap tahun untuk mendengar/mengumpul maklumat dari akar umbi. 26. Setiap individu Ahli Parti (PEMUDA) perlu mempertingkatkan kebolehan dan penguasaan penggunaan komputer dan internet yang menjadi medium penyampai maklumat yang penting dan berkesn. 27. Pemuda perlu diberi kebebasan dan bersuara dan pandangan Pemuda perlu diiktiraf. 28. UMNO perlu wujudkan sebuah jawatankuasa pemimpin@suruhanjaya bebas yang dianggotai oleh veteran UMNO dan pakar/penganalisa politik Pro UMNO. 29. Ahi parti perlu sentiasa menanamkan semangat jatidiri melayu@cinta melayu dulu kini dan selamanya supaya tidak wujud golongan melayu 'PARASIT' @ PENGKHIANAT kepada parti UMNO untuk kepentingan politik peribadi. 30. Pelan kefahaman tentang misi UMNO memperjuangkan Agama , Bangsa dan Negara perlu diterapkan kepada golongan muda/belia supaya golongan ini faham matlamat wujudnya UMNO sebagai parti untuk orang melayu. 31. Pemimpin perlu komited terhadap sesuatu usaha dan keputusan perbincangan/forum untuk melaksanakan segala keputusan yang dipersetujui forum bukan RETORIK. 32. Pemimpin perlu berperanan sebagai contoh kepada pemimpin bawahan. Sewajarnya pemimpin-pemimpin tertinggi menunjukkan prestasi yang cemerlang di kawasan Pilihanraya masing-masing. 33. Pemimpin/Kerajaan perlu mengawal media agar tidak terlalu bebas dan Kerajaan BN perlu tegas. 34. Biro keahlian UMNO perlu digerakkan segala berkesan dan proaktif untuk menarik keahlian baru bagi menandingi kerancakan PKR mendaftar ahli-ahli baru. Keahlian kepada mana-mana parti menggambarkan sokongan kepada parti berkenaan di dalam Pilihanraya. 35. Pemimpin UMNO yang menjadi wakil rakyat perlu memasyarakatkan politik, bukan setakat berkisar dengan agenda jawatan dalam parti. 36. Pemimpin perlu fokus kepada hal ehwal dalam masyarakat secara menyeluruh tidak kepada hanya masyarakat ahli UMNO sahaja. 37. Pemimpin perlu beri perhatian dan mendekati serta mempengaruhi golongan intelek dan profesional kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang berkesan terhadap pemikiran rakyat. 38. Pemimpin-pemimpin UMNO yang menyertai kementerian-kementerian perlu meningkatkan koordinasi dan kerjasama antara kementerian-kementerian demi memastikan fungsi peranan setiap kementerian, benar-benar berkesan untuk menyelesaikan masaalah rakyat dan membangunkan rakyat. 39. Pemuda perlu berperanan lebih berani dalam isu-isu yang perlu ketegasan demi imej Pemuda agar lebih dihormati dan diiktiraf peranan Pemuda itu sendiri. 40. Pemimpin juga perlu mendengar pandangan dan teguran pembangkang dan mengambil tindakan sewajarnya. Terutamanya pandangan/teguran berkenaan betul mengikut prespektif agama Islam. 41. Konsep ' IKRAM MUSLIMIN ' perlu diamalkan oleh pemimpin UMNO iaitu muliakan ulama, hormati orang/golongan tua dan sayangi orang/golongan muda. Pemuda perlu melihat ' SENIOR ' UMNO sebagai guru dalam politik dan ' SENIOR' UMNO perlu mengiktiraf Pemuda sebagi murid/pelapis kepada kepimpinan. 42. Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu mempunyai visi dan harapan . Tindakan menjadikan UMNO sebagai satu-satunya parti untuk orang melayu. PAS pernah kembali kepada UMNO di zaman Dato' Asri.
43. Ahli parti/pemimpin dan Pemuda UMNO perlu merangka dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan parti komponen khususnya MCA & MIC. Hal ini akan mengukuhkan UMNO dan BN. 44. Pemuda perlu sentiasa melengkapkan diri selaku pelapis dalam kepimpinan di peringkat masing-masing (cawangan , bahagian ). Persediaan sebagai pelapis adalah tanggungjawab dan perlu diterima baik kepimpinan yang lebih senior.
45. Pemimpin perlu menghormati pemimpin terdahulu kerana setiap pemimpin lama berjasa kepada parti dan rakyat.Kebaikan dan pengalamam yang baik yang diperturunkan oleh pemimpin lama perlu dijadikan panduan. 46. Setiap ahli parti mempunyai hak terhadap hala tuju parti. Hala tuju parti tidak boleh ditentukan oleh sekumpulan orang-orang tertentu dalam parti. 47. Setiap ahli parti,pemimpin dan Pemuda perlu mempunyai azam dan usaha untuk menghindari rasuah politik yang boleh menjadikan OMNO parti sekular, sedangkan UMNO adalah parti Melayu Islam.48. Setiap ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu sedar apa jua tindakan yang dibuat perlu berharap mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT agar tindakan dan keputusan yang dibuat atas dasar kejujuran dan keikhlasan.

Bengkel 4
HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INI
Pengerusi : Sdr. Jaigani Bin JaafarFasilitator : En. Yusof Bin Hon
Peserta
Nornekman Bin Osman JB Yusoff Bin Ashari PulaiNorzam Bin Md Amin Kluang Zahrin Bin Sarimin PulaiAbd Razak bin Ibrahim Segamat Zainal Bin Sahat SembrongKasim Bin Selamat K/Tinggi Abd Musa Bin Hussain SembrongRoslan Bin Hassan P/Gudang Azhar Bin Saat SembrongShaiful Bahri Sidek Tenggara Hj Ismail Bin Mohamed PagohMohd Amin Bin Hamidon Pengerang Hj Abd Ghani Bin Janal PagohRoszaidi Bin Ramlee P/Gudang Mohd Salleh Bin Kamari S/gadingAmirzam Bin Abd Rahim Sekijang Rasman Bin Mohamed S/gadingRahman Bin Mohamad Pt Sulong Hamdan Bin Yahya S/RenggamJais Bin Siraj Pt Sulong Ismail Bin Md Nor S/RenggamAriffin Bin Jais A/Hitam Azman Bin Roslan B/PahatAbd Rashid Bin Abd Hamid A/Hitam Mohd Shah Bin Ahmad B/PahatMohd Mubin Bin Tulos Kluang Yusla Bin Ismail B/PahatAhmad Amryn Bin A Malik Muar Hasnul Munawar Bin Ghani TenggaraMohd Norhisham bin Ismail Muar Hj Azhar Bin Abd Manaf TenggaraHashim Bin Abd Rahman Muar Mohd Shakir Bin A Rahman JBYazid Bin Mohyen Muar Anuar Bin Ariffin JBAhmad Zaifuddin Bin Nordin Kulai Zaki Bin Ahmad PengerangAbdul hadi Bin Abdullah Kulai Mohd Radzi Bin Hj Amin BakriShamsuddin Bin Wahab Kulai Ab Razak Bin Ithnain BakriAbd Rasid Bin Halim G/Patah Asrof Bin Maarof BakriMohd Hadzil Bin Kasmani G/Patah Mohd Nazman Bin Bakar BakriNoorhisham bin Ismail G/Patah Azhar Bin Abu LedangNikita Saad putra Bin Saad JB Sarihin Bin Jani LedangMusa Bin Mohd Dar Labis Roslan Bin Paimin LedangKamarulhairi Bin Komeng Labis Mohd Nin Bin Hassan PontianKhairul azmi Bin Ishak JB Rosli Bin Tirek PontianKhairi Bin Mohd Noor JB Fakhrul Anuar Bin Ramli G/PatahAzuki Bin Hj Ngah JB Selamat Bin Takim MersingPoziman Bin Kahar Mersing Ramli Bin Ahmad PulaiZulkornain Bin Abd Manan Mersing Aidil Bin Sulaiman PulaiHj Rahim Bin Muhayat Tebrau KhairulNizam Bin Md Hap JBErry Haiani Bin Mohd Nasir Tebrau Zamri Bin Bachok SegamatAli Bin Mohamed Tebrau
ISU DAN CADANGAN
1. Mengabaikan tanggungjawab retorik. Pendekatan perlu dibuat supaya orang-orang muda dapat bersama dengan UMNO.
2. Ramai pemimpin diperingkat bahagian dan pusat yang hanya mementingkan publisiti dan glamour sahaja. Tanggung jawab sebagai pemimpin diabaikan dan tidak mahu buat kerja.
3. Sifat orang UMNO lebih mahu kompromi. Kesempatan ini membuatkan orang lain naik kepala dan tidak menghormati kita.
4. Jangan mengabaikan bangsa Melayu dan mengagungkan bangsa lain. Kesempatan dan peluang yang ada banyak diberikan kepada bangsa lain
5. keahlian UMNO diturunkan kepda 17 tahun bagi meramaikan lagi golongan muda.
6. Diperingkat awal UMNO guru memainkan peranan penting di dalam perjuangan parti oleh itu perlu ada anjakan supaya guru-guru bersama dengan UMNO seperti dahulu.
7. Ramai pemimpin kita takut untuk bersuara kerana untuk menjaga pangkat/jawatan dan periuk nasi.
8. Persepsi semasa Pilihanraya telah berjaya mempengaruhi rakyat terutamanya melalui media eletronik contoh internet dan sms.
8. Perbanyakan program-program bersama dengan penuntut institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
9. 99% golongan profesional menyokong pembangkang, saya merasakan pihak kepimpinan perlu membuat sesuatu golongan profesional kembali semula kepada kerajaan.
11. Forum-forum terbuka perlu dibanyakkan di dalm parti untuk merelevankan UMNO
12. Tidak mendengar pandangan dari akar umbi, apa yang disuarakan disekat dan tidak sampai ke peringkat tertinggi.
13. Sesetengah pemimpin bila mendapat jawatan sudah mula lupa perjuangan beliau dan lupa diri lebih mementingkan kroni dan Nepotism.
14 Tiada cuti khas untuk individu yang terlibat untuk setiap program-program berkaitan memartabatkan parti seperti Pilihanraya.
15 Pemimpin sebagai ‘role model’. Oleh kerana itu pemmpin yang dipilih perlulah bersih dari semua segi.
16. Tiada rumah, tiada tanah (SBKS). Golongan yang diketegorikan susah perlulah diberikan tanah dan rumah untuk memastikan mereka menyokong BN.
17. Gagasan Melayu melalui gabungan NGO-NGO melayu perlu diperbanyakan untuk memperjuangkan untung nasib orang melayu sepert di dalam perlembagaan
18. “Tak kan melayu Hilang Didunia” kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah. Mungkin tidak betol sekiranya pemimpin melayu masih lagi menjaga kepentingan diri dan tidak bersatu.
19. PEMUDA sebagai pendesak dan pengimbang dalam UMNO.
20. Masukkan kumpulan A dalam UMNO.
21. Ketelusan orang tua dalam menerima pandangan orang muda. Pemimpin-pemimpin lama dan vateran perlulah sentiasa menggambil kira pandangan orang muda kerana pengundi muda merupakan antara kumpulan yang teramai.
22. Pemuda perlu turun ke akar umbi untuk menerangkan isu-isu semasa bukan hanya pandai bercakap dan bererotorik.
23. Melaksanakan tarbiah yang lengkap dalam jasmani, akli dan rohani kepada golongan muda.
24 Berhadapan dengan orang asing serta seorang pemimpin yang bersih dan bersatu.
25. Kelengkapan prasarana orang muda perlu di sediakan disemua tempat dan perlu dimaklumkan disediakan oleh BN.
26. Pandangan-pandangan orang muda perlu diterima dan diseesaikan bukan disimpan didalam fail.
27 Pemuda-Pemuda parti komponen kurang membantu semasa Pilihanraya mereka seperti tiada nilai dalam BN serta kurang jati diri.
28 Anak-anak muda menggunakan IT untuk menyebarkan fitnah pembangkang.
29. PEMUDA tertinggal dari segi IT.
30. Meletakkan PEMUDA Cawangan dan Bahagian dalam G7.
31. Menghilangkan penggantungan kepada orang bukan Islam.
32. UMNO sebagai medium pelindung orang MELAYU.
33. UMNO terlalu banyak kompromi dengan parti-parti komponen, perlu tegas dan berani membuat keputusan.
34. Sistem penyampaian (delivery system) ke akar umbi perlu diperbetulkan bukan cakap tidak serupa bikin.
35. Idealisme “Rukun Negara” perlu diterapkan didalam kepimpinan MELAYU.
36. Apakah pentingnya “Ketuanan Melayu” didalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang mempunyai hak yang sama terhadap kuasa politik yang akhirnya kuasa kepimpinan dikuasai oleh kaum lain sebagai contoh di selangor dan di perak
37. Yang mana lebih penting “Kontrak Sosial” ataupun “Kontrak Jossoli” didalam halatuju masa depan orang-orang Melayu.
38. Pemuda UMNO perlu berkerja untuk parti bukan untuk kepentingan diri untuk menjadi calon dalam Pilihanraya apa jadi kepada Putera UMNO sunyi sepi selepas Pilihanraya.
39. Kawalan kuat kepada media masa, banyak perkara yang disiarkan tidak menyebelahi kerajaan.
40. Pembangunan hendaklah teratur jangan hanya di bandar kawasan kampung pun harus di ambil kira.
41. Memberi ruang kepada calon yang berkaliber.
42. Pemasalahna golongan muda pada hari ini banyak tetapi tidak cukup cara penyelesaiannya mereka merasakan pemimpin hanya pandai beretorik sahaja.
43. Peranan PEMUDA di Negeri, Bahagian dan Cawangan perlulah digerakkan terutama selepas pilihanraya ini sunyi sepi tanpa arah tuju.
44. Penghayatan Rukun Negara harus dititikberatkan.
45. Tubuhkan Koperasi untuk PEMUDA.
46. Perbincangan harus dibuat setiap kali supaya suara-suara akar umbi dapat didengar oleh pihak atasan.
47. PEMUDA perlu dilatih dengan sifat kreatif dalam menyelesaikan masalah.
48. Ramai menteri yang mengunakan jawatan mereka untuk mengayakan diri nya dan kroninya dari memikirkan agenda melayu.
49. Mempertahankan pemimpin UMNO. PEMUDA diberi ruang dalam media untuk meluahkan perasaan.
50. Mencari dan mengkaji isu-isu yang releven bagi membantu kempen Pilihanraya bukan isu-isu yang remeh.
51. Merapatkan diri di setiap peringkat agar mengenali UMNO atau BN (bukan barang naik).
52. PEMUDA diberi kursus Tata Negara, lagu Patriotik seperti anak kecil main api & warisan.
53. Mengatasi perbalahan dan menjurus kepada kecintaan negara.
54. Pembangunan sekolah wawasan harus diteruskan, elakkan membina sekolah mengikut kaum kerana ia akan memecah-belahkan kaum.
55. Kehendak yang tidak dapat dari orang MELAYU.
56. UMNO perlu kembali kepada asal (back to basic).
57. Tiada perhatian dari suara-suara akar umbi.
58. Kembalikan standard PEMUDA dari segi kepimpinan.
59. Pemuda UMNO perlu menguasai internet seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang.
60. Koperasi rakyat milik orang MELAYU perlu ditubuhkan lebih banyak.
61. Bukan ahli UMNO sangat marah bila isu UMNO dibangkitkan.
62. Pemimpin UMNO haruslah seorang yang mempunyai ketulusan.
63. Membuang sifat/sikap ‘lembap’ dalam diri.
64. Kita perlu memperkuatkan barisan UMNO dahulu agar Barisan National menjadi kuat.
65. UMNO kena kuat dan berfikir untuk cuba mentadbir sendiri negara ini tidak perlu mengharap bangsa lain.