Malaysikini
Nash Rahman Apr 12, 08 2:02pm
Seramai 26 ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Muar akan meletak jawatan beramai-ramai jika kepemimpinan bahagian itu gagal mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan krisis yang melanda Umno sekarang ekoran kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Hassan Sulaiman Ninam Shah berkata, majoriti AJK bahagian telah mendesak supaya EGM diadakan dan surat mengenainya telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian pada 1 April.Menurutnya, Umno bahagian mempunyai masa 14 hari untuk memanggil EGM tersebut tetapi sehingga hari ini, tiada surat dikeluarkan untuk mengadakanya.Ekoran itu, kata beliau, pihaknya akan menunggu sehingga berakhir tempoh 14 hari tersebut (Isnin), sebelum membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno."Sekiranya MT juga gagal mengarahkan EGM diadakan, kami 26 AJK Umno bahagian Muar bersetuju akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai," katanya kepada Malaysiakini hari ini.Hassan yang juga anak kepada bekas pengerusi tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah berkata, Perkara 14.6 perlembagaan parti menyebut, sekiranya lebih dua pertiga AJK bahagian menyokong EGM diadakan, maka setiausaha bahagian mesti mengeluarkan notis untuk mengadakannya."Tetapi hingga sekarang tiada notis yang dikeluarkan. Kita akan tunggu hingga tamat tempoh 14 hari. Apabila setiausaha bahagian tidak hantar notis, MT kena ambil alih.
Letak jawatan
"Kita nak tengok sama ada MT berani atau tidak mengarahkan EGM diadakan. Jika gagal berbuat demikian, kami akan meletak jawatan secara beramai-ramai," tambahnya.Hassan juga mendakwa bahawa ketua bahagian berkenaan telah menghantar mesej SMS kepada kalangan 26 ahli AJK meminta mereka menarik balik desakan untuk mengadakan EGM tersebut.
Awal bulan ini, 84 daripada 133 cawangan Umno di bahagian itu bersetuju EGM diadakan untuk membincangkan beberapa isu tentang parti selepas prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac. Ia kemudiannya disokong oleh 26 daripada 33 ahli jawatankuasa bahagian yang menandatangani persetujuan meminta bahagian mengadakan EGM dalam tempoh 14 hari mulai 1 April lepas. Isu yang akan dibincangkan termasuklah cadangan menghapuskan kuota pencalonan 30 peratus bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan agung Disember ini.Dalam pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.Manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Beliau juga mempertikaikan tindakan 26 ketua bahagian Umno Johor yang menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam."Siapa yang beri mereka mandat kerana setahu saya, tidak sebuah pun bahagian Umno di Johor yang mengadakan mesyuarat untuk menyatakan sokongan kepada Pak Lah.
Mahu bercakap benar
"Mengapa Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman tidak beritahu Pak Lah yang ada antara ketua bahagian yang menghadiri perjumpaan dengan beliau minggu lalu, mahu Pak Lah berundur...," soalnya.Beliau juga menegaskan bahawa Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua anggota MT perlu meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum lalu.Hassan yakin, ramai lagi ahli Umno yang sependapat dengannya bahawa pucuk pimpinan tertinggi Umno harus bertanggungjawab terhadap kekalahan parti."Saya menyokong penuh saranan yang dibuat oleh setiausaha Umno Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, supaya Pak Lah, Datuk Najib dan semua ahli MT letak jawatan...," katanya.Ahmad Tajuddin kemudiannya telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.Bagaimanapun, tegas Hassan, ahli biasa seperti beliau tidak diberi tempat dalam media untuk menyatakan pandangan mereka. "Sudah puas saya bercakap tetapi pihak media tidak pernah melaporkan. "Saya mahu menyatakan pandangan sebenar ahli-ahli di peringkat akar umbi...saya sedia dikenakan apa juga tindakan kerana bercakap benar," katanya.
Rabu, 16 April 2008
Pelan PM letak jawatan disusun
Malaysiakini.com
Apr 11, 08 9:38pm
kemaskini 10:26pm Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan timbalannya mengenai pelan peralihan kuasa, kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini.Dalam perjumpaan tertutup dengan Umno Johor, kata Muhyiddin, Abdullah menyatakan beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan penggantian kepemimpinan dengan Datuk Seri Najib Razak."Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci... hal-hal berkaitan dengan bila masa dan sebagainya beliau akan bincang dengan Datuk Seri Najib," kata Muhyiddin, lapor Bernama, selepas menghadiri perjumpaan itu di sebuah hotel di Johor Bahru.Ketua Puteri Umno negeri Nor Aslina Zainal Abidin pula berkata, dalam pertemuan itu, badan perhubungan bertanya kepada Abdullah sama ada beliau mempunyai pelan peralihan kuasa."Kita tidak minta Pak Lah berundur tetapi ada bunyi-bunyi (seumpama itu) bahawa contohnya pada zaman (Perdana Menteri pertama allahyarham) Tunku Abdul Rahman di mana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar kepada (allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein, begitu juga di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad proses peralihan kuasa berjalan lancar kepada Pak Lah," Nor Aslina dipetik sebagai berkata.Sementara itu, selain mengaku beliau sendiri menjadi satu daripada punca-punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Abdullah juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur."Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu. Saya juga dapat laporan... "Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan Umno Johor.Menurut satu laporan Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai Najib, semalam. Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya. BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang. Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen. Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Johor saran pelan pengganti PM
Malaysiakini
Muda Mohd Noor Apr 11, 08 6:08pm
kemaskini 7:45pm Badan perhubungan Umno Johor menyarankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyediakan "pelan tindakan peralihan" pengganti beliau.Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, dalam pertemuan lebih dua jam, pelan tersebut dikemukakan sebagai persiapan awal Umno menghadapi pilihanraya umum akan datang. Tempoh peralihan itu tidak ditetapkan masanya tetapi ia mesti juga dibuat.Perkara itu disuarakan sendiri oleh menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kepada Abdullah.Menurut sumber, Abdul Ghani berkata: "Pelan (pengganti Abdullah) itu (disarankan) supaya orang berasa lega dengan kepemimpinan parti (Umno)."Cara Umno negeri itu menyampaikan saranan kepada Abdullah dan parti tidak sekeras Umno Kedah dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan parti semalam, kata sumber lagi yang turut hadir dalam majlis tertutup itu."(Cara bersuara) ini budaya orang Johor."Kita (Umno negeri) sayangkan perdana menteri tetapi perdana menteri perlu juga melihat mood ahli Umno (negeri)," kata sumber.Bercakap selepas Abdul Ghani, menurut sumber itu lagi, seorang anggota badan perhubungan negeri menambah bahawa majlis penerangan sahaja tidak memadai kerana "orang (ramai) tidak mahu mendengar". Beberapa lagi ketua bahagian mendesak pelan peralihan dilakukan segera. "Pelan peralihan itu adalah penyelesaian segera dan perlu dimaklumkan kepada orang ramai," kata seorang daripadanya.Perdana menteri dilaporkan berkata beliau "akan memikirkannya" tetapi "beliau tidak boleh memberitahu" sesiapa.Isu utama lain yang menjadi perbincangan di Johor Bahru hari ini ialah bedah siasat punca-punca kekalahan. Abdullah juga dilaporkan berkata, beliau adalah antara punca kemerosotan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu. Beliau juga mengakui bahawa terdapat beberapa negeri mendesaknya melepaskan jawatan sebagai memikul beban kekalahan terburuk BN dalam sejarah pilihanraya. Turut hadir di pertemuan itu, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (juba naib presiden Umno), menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana ada urusan rasmi di luar negara.Media sebelum ini melaporkan pertemuan hari ini menjadi fokus utama selepas negeri itu dikhabarkan akan memberi "nasihat" kepada presiden Umno agar berundur secara terhormat susulan kekalahan besar-besaran BN pada pilihanraya umum 8 Mac.Sebahagian besar daripada 26 ketua bahagian Umno di Johor mahu Abdullah mengambil cuti daripada menjalankan tugas perdana menteri dan presiden parti bagi meredakan kemarahan ahli Umno ekoran kekalahan itu.Menurut mereka, Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasannya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.Idea tersebut dibincangkan dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.Di sebelah pagi, Abdullah tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA), sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), yang menimbulkan kontroversi dan kebimbangan penyokong akar umbi Umno negeri.Abdullah adalah pengerusi bersama IRDA, bersama-sama Abdul Ghani.

Khamis, 10 April 2008
Calon, 'isu nasional' rosakkan undi Johor
http://malaysiakini.com/news/81182
Apr 10, 08 4:34pm
kemaskini 6:40pm Calon yang tidak disukai ahli Umno dan "isu-isu nasional", dipercayai termasuk berhubung cerita-cerita tentang perdana menteri dan pengaruh keluarganya dalam pentadbiran negara, dianggap punca banyak undi rosak di Johor.Selain itu, kata timbalan ketua bahagian Umno Muar, Ismail Tonggak @ Ahmad, orang ramai juga benci dengan laporan media massa yang terlalu berat sebelah, memihak kepada kerajaan."Orang Melayu khususnya penyokong dan ahli Umno tidak boleh menerima calon BN kali ini."Saya tidak sangka tsunami politik di negeri lain telah menjalar ke Johor termasuk di Muar. Ini tidak pernah berlaku," katanya.Ditanya sama ada "isu nasional" itu termasuk rungutan orang ramai terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin, beliau enggan mengulas.Isu-isu nasional lain yang disebut-sebut mempengaruhi pengundi Johor termasuklah projek pelaburan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan kenaikan harga barang keperluan. Ismail berkata, pengundi mahukan calon yang mesra rakyat dan boleh menganggap wakil rakyat sebagai kawan mereka.Beliau berkata, rata-rata mereka mahukan wakil rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti Datuk Lee Lam Thye, bekas pemimpin besar DAP pada 1970-an dan 1980-an. Lee, yang meninggalkan DAP pada 1990, sekarang pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Katanya, ramai orang Umno sendiri yang menolak calon dari parti itu kerana tanda memprotes."Saya syak sama ada mereka tidak pergi mengundi atau mengundi calon pembangkang," katanya.Ismail memberikan bukti apa yang berlaku kepada ahli parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, yang merosot majoriti sebanyak 6,000 berbanding pilihanraya umum 2004.Katanya, Umno Muar mempunyai kira-kira 24,000 ahli tetapi ketua Pemuda Umno negeri itu mendapat lebih 16,986 undi."Ke mana perginya 5,000 dan 6,000 pengundi Umno kali ini?" katanya lagi.Razali mendapat 21,116 undi pada 2004 dan menang dengan majoriti 13,415 undi. Pada pilihanraya lalu, beliau menang dengan 4,661 undi.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan 321,885 undi rosak ketika pilihanraya ke-12 dengan Johor merekodkan jumlah tertinggi.Di negeri selatan itu, 28,709 dan 25,455 undi rosak masing-masing direkodkan di 26 kerusi parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kedua-dua kawasan itu mencatatkan 54,164 undi rosak dicatatkan di Johor.

240 peneroka minta Felda bayar hutang
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410072720/Article/index_html
10/4/08
MERSING: Seramai 240 peneroka peringkat ketiga Felda Endau, dekat sini meminta pengurusan Felda membayar segera wang lebihan kelapa sawit sebanyak RM430,000 atau perkara itu akan dilaporkan kepada polis. Peneroka berkenaan mendakwa wang itu adalah hutang yang perlu dilangsaikan pengurusan Felda berikutan tidak membuat pembayaran sewajarnya bagi harga buah kelapa sawit. Mereka mendakwa Felda hanya membayar RM240 bagi buah kelapa sawit untuk kebun kelapa sawit seluas satu setengah hektar sedangkan ia mampu mengeluarkan lebih satu tan buah.
Harga itu kata mereka jauh lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM700 satu tan selepas ditolak upah angkut dan pemotongan kira-kira RM30 satu tan. Malah, peneroka terbabit mendakwa ada peneroka yang mengusahakan sendiri tanaman berkenaan memperoleh lebih RM1,000 berbanding mereka yang menyerahkan kepada pengurusan Felda berkenaan. Wakil peneroka berkenaan, Mohd Noer Mahmud, 53, berkata sebelum pilihan raya, beliau menemui pengurusan Felda untuk mendapatkan penjelasan mengenai harga kelapa sawit berkenaan.
Beliau berkata, pengurusan berkenaan memberitahunya lebihan bayaran akan dibuat selepas pilihan raya lalu. "Sebaik saja pilihan raya selesai, saya menemui pengurusan Felda berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. "Tetapi jawapan yang diberikan tidak munasabah iaitu mereka mendakwa Felda berkenaan mengalami kerugian menyebabkan wang lebihan berkenaan tidak dapat diberikan," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Kelas tuisyen bimbing murid UPSR
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410072953/Article/index_html
10/4/2008
MUAR: Dalam usaha membantu meningkatkan lagi kecemerlangan pencapaian murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, di sini, menganjurkan program kelas tuisyen di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu. Program di bawah Projek Hikmah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) itu dikendalikan lima guru untuk mengulang kaji empat mata pelajaran penting yang menjadi teras ujian berkenaan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru Penyelaras Projek Hikmah SK Bandar Maharani, Othman Taib berkata, program tahun ini membabitkan 75 calon UPSR yang mengikuti kelas tuisyen di sekolah berkenaan pada waktu malam.
Beliau berkata, kelas itu diadakan empat hari seminggu bermula jam 8.15 malam hingga 10.15 malam setiap Isnin hingga Khamis. Lima guru mengendalikan kelas berkenaan iaitu Haslina Abd Aziz, Rohani Abu Bakar, Roslina Rahmat, Azilina Atan dan Othman sendiri. "Sepanjang penganjurannya, kelas tambahan berkenaan memberi kesan menggalakkan kepada calon yang menduduki ujian berkenaan. Pencapaian keputusan UPSR di sekolah ini meningkat setiap tahun," katanya, di sini, kelmarin.
Tahun lalu, kelulusan bagi semua mata pelajaran calon UPSR meningkat kepada 92.7 peratus berbanding 91 peratus tahun sebelumnya dengan 22 daripada 98 calon memperoleh keputusan 5A. Othman yang juga guru Matematik berkata, kesungguhan pengajar membimbing murid di kelas tuisyen berkenaan penting bagi memastikan matlamat memperkasakan mutu pendidikan nasional tercapai. Sementara itu, Haslina berkata, beliau bangga dengan tugas yang dilakukan demi memastikan kecemerlangan calon UPSR sehingga membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Saya tidak menghadapi masalah memberikan sumbangan ikhlas mendidik murid yang bakal menduduki UPSR walaupun terpaksa bertugas pada sebelah malam," katanya.
Rohani yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris berkata, tugas yang dilakukan itu murni dan mendapat restu serta sokongan anggota keluarga terutama suami. Murid Tahun Enam Raya sekolah berkenaan, Mohd Shakirin Shahrul Jamal, 12, berkata, beliau gembira kerana berpeluang mengikuti kelas tuisyen melalui Skim Projek Hikmah YPJ. "Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi meraih kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR kelak," katanya. Rakannya, Sarah Zulkifli, 12, pula berkata, kefahamannya dalam semua mata pelajaran terutama bahasa Inggeris dan Matematik semakin meningkat sejak mengikuti kelas tuisyen berkenaan.

Persatuan Anak Johor UKM anjur program Ukhuwah Kasih di Pekayis selama tiga hari
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410073152/Article/index_html
9/4/2008
SEGAMAT: Mendekatkan diri dengan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti anak yatim adalah satu usaha murni kerana mereka adalah golongan yang memerlukan belaian kasih dan sayang keluarga serta masyarakat sekeliling. Betapa gembiranya mereka yang masih kecil ini jika didatangi masyarakat yang prihatin terhadap nasib mereka yang sudah ketiadaan ayah atau ibu serta ditinggalkan keluarga dan hanya ditemani rakan satu asrama.
Keprihatinan masyarakat itu menyebabkan anak yatim ini menyedari bahawa masih ada masyarakat yang sayang serta mahu mengambil berat mengenai diri supaya hidup mereka gembira seperti kanak-kanak lain. Baru-baru ini, 26 mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Anak-anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkampung selama tiga hari di asrama anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam (Pekayis) Segamat. Ketua Pengarah program berkenaan, Norazlina Arbaain, 21, berkata sebelum ini, persatuan mencari lokasi dan sebulat suara memutuskan untuk melaksanakan program Ukhuwah Kasih di Pekayis.
Beliau berkata, untuk menyelami perasaan sebenar anak yatim, Persatuan Anak-anak Johor UKM mengambil pendekatan untuk bermalam di asrama anak yatim Pekayis. "Bermalam bersama anak yatim menimbulkan rasa keinsafan pada diri kami betapa anak yatim juga perlukan kasih sayang bukan saja daripada keluarga terdekat masing-masing tetapi juga daripada masyarakat sekeliling. "Selama tiga hari berkampung di asrama anak yatim, banyak pengalaman baru yang saya dan rakan peroleh. Anak yatim ini terpaksa belajar hidup berdikari,” katanya. Mohamad Zulkifli Monel, 21, dari Bekok pula berkata, pelbagai aktiviti dilakukan Persatuan Anak-anak Johor UKM pada program berkenaan antaranya mengadakan ceramah kerohanian dan tazkirah kepada anak yatim.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mengadakan aktiviti gaya hidup sihat iaitu senaman J-Robik yang dibuat pada pagi hari kedua program berkenaan. "Semua anak yatim dari kanak-kanak hingga ke usia belasan tahun ternyata gembira dengan aktiviti yang dijalankan," katanya. Nurul Zainap Ramli, 23, dari Pasir Gudang, pula berkata, program Ukhuwah Kasih juga mengadakan aktiviti ramah mesra supaya peserta program dapat mendekatkan lagi diri dengan anak yatim terbabit. Melalui aktiviti itu, katanya, mahasiswa dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai pelbagai aktiviti sukaneka yang turut disertai anak yatim, termasuk mereka yang masih kecil serendah usia tujuh tahun. Abdul Muhaini Abdul Rahim, 21, dari Mersing pula berkata, sepanjang tiga hari berkampung di asrama itu, mereka juga tidak lupa untuk mengadakan upacara menyambut hari jadi. "Kami menyambut hari jadi beberapa anak yatim yang hari lahirnya jatuh pada hari berkenaan. “Jelas sekali, mereka begitu gembira dan ceria sepanjang majlis diadakan. Mungkin selama ini, hari lahir mereka jarang atau tidak pernah diraikan," katanya. Sememangnya dapat diperhatikan pada wajah anak yatim ini tergambar satu harapan supaya ramai lagi masyarakat penyayang dan prihatin lain tampil menceriakan kehidupan mereka. Program berkenaan ditutup secara rasmi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Ayub Rahmat dan dihadiri bersama Penasihat Persatuan Mahasiswa Anak-Anak Johor UKM, Mohamad Jamal Ali.

Langgan:
Catatan (Atom)