UM 1/5/08
KOTA TINGGI 30 April - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Asiah Md. Arif berkata, kerajaan melaksanakan agenda membasmi kemiskinan secara menyeluruh tanpa mengira kaum bagi mencapai sasaran kemiskinan sifar menjelang tahun 2010.
Beliau berkata, setiap anggota masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama perlu bersama membantu kerajaan bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang terpinggir dalam program membasmi kemiskinan oleh kerajaan.
Beliau berkata, bantuan itu juga akan membolehkan masyarakat tidak hanya bergantung kepada kerajaan bagi memastikan sasaran itu tercapai.
"Malah sikap prihatin dan penyayang masyarakat banyak membantu kerajaan khususnya dalam membantu golongan miskin dan kurang upaya," katanya yang ditemui selepas membuat program lawatan kerja di sekitar Bandar Kota Tinggi dan Kampung Makam di sini semalam.
Asiah menambah, walaupun pendapatan rakyat mungkin berbeza-beza disebabkan jenis pekerjaan atau sumber pendapatan namun yang penting ialah rakyat mesti diberi peluang yang baik untuk mencari sumber penghidupan untuk keluarganya.
Pada program itu, Asiah yang turut diiringi Naib Ketua Wanita Bahagian Pengerang, Fatimah Abu Bakar meluangkan masa mengunjungi warga emas, Norjiah Othman, 82, dan seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi kepada warga emas tersebut.
Menurutnya, beliau telah dimaklumkan Ketua UMNO cawangan kampung itu, Idris Abu Bakar bahawa seorang individu dari Johor Bahru yang enggan dikenali mahu membaiki rumah Norjiah.
Asiah seterusnya mengucapkan terima kasih atas kesediaan individu tersebut dan berharap individu itu dapat berhubung terus dengan Idris bagi berbincang serta memudahkan urusan kerja-kerja membaiki rumah itu.
Dalam pada itu, Asiah juga akan berusaha memastikan permohonan sara hidup diluluskan segera selain mendapatkan bekalan elektrik untuk keperluan dan keselesaan warga emas tersebut.
Jumaat, 2 Mei 2008
(MUAR) Hari hijrah burung di Parit Jawa
BH 30/4/08
MUAR: Persatuan Alam Semula jadi Johor akan mengadakan program Hari Penghijrahan Burung Sedunia yang pertama di negara ini, di Parit Jawa, dekat sini, pada 10 Mei depan. Penasihat persatuan itu, Vincent K K Chow, berkata pemilihan Parit Jawa dibuat berikutan kawasan itu menjadi pusat persinggahan burung botak atau nama saintifiknya Leptotilos Javanicus, sejenis burung unik yang berhabitat di kawasan berpaya atau pesisir pantai, jumlahnya semakin menghampiri kepupusan. Beliau berkata, mengikut perangkaan yang dikeluarkan sebuah pertubuhan pengkaji burung antarabangsa, setakat 2002 lalu, jumlah burung berkenaan di seluruh dunia kini tidak sampai 5,000 ekor.
"Di kawasan Parit Jawa ini saja terdapat sekurang-kurangnya 40 ekor burung botak singgah di sini bermakna ia menyampai hampir 10 peratus daripada populasi burung berkenaan," katanya. Katanya, program yang dijangka bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai burung terutama spesis yang berhijrah dari satu negara ke negara lain, selain memperkenalkan lokasi persinggahan burung sebagai satu destinasi eko-pelancongan. Katanya, pelbagai aktiviti akan diadakan dalam program yang dianjurkan dengan kerjasama agensi kerajaan termasuk Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor (MTPNJ).
"Melalui program itu, kita berharap satu hari nanti Parit Jawa menjadi tumpuan peminat burung berkunjung untuk melihat burung botak singgah di sini yang secara tidak langsung dapat membantu membangunkan ekonomi di kawasan ini," katanya. Beliau berkata, program itu juga selaras dengan hasrat Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mahu usaha memperkenalkan eko-pelancongan dipertingkatkan di negara ini.

(JB) Penduduk 13 kampung setinggan enggan pindah
UM
Oleh JAAFAR AHMAD
LONGGOKAN sampah di atas jalan disebabkan kekurangan ruang untuk membuang sampah di Perumahan Rakyat Denai di Kempas, Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 29 April - Sebahagian daripada 2,000 keluarga dari 13 buah kampung setinggan di sini enggan berpindah ke flat yang disediakan oleh kerajaan di Projek Perumahan Rakyat Denai, Kempas, di sini pada Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setinggan Kempas, Ramli Ibrahim berkata, sebaliknya mereka menuntut kerajaan negeri agar mengekalkan mereka tinggal di kampung masing-masing atau mengurniakan tanah bagi mendirikan rumah baru.
Menurutnya, ini kerana flat yang disediakan secara sewa itu kurang selesa dan tidak mempunyai jaminan keselamatan.
"Flat ini juga masih tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) manakala sistem pembuangan sampah pula kurang sempurna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua 13 kampung yang terbabit dalam penempatan semula itu ialah Kampung Kempas 1, Kampung Kempas 2, Kampung Rahmat 1, Kampung Rahmat 2, Denai Pinggiran, Denai Utama dan Kampung Sawa.
Turut terbabit ialah Kampung Denai Aman, Kampung Permatang, Kampung Lurah, Kampung Denai Permai, Kampung Lembah Murni dan Kampung Gudang Beras.
Ramli berkata, setakat ini kira-kira 100 keluarga telah pun berpindah ke flat itu walaupun berkeadaan serba kekurangan.
"Ini kerana lifnya masih tidak berfungsi dan seluruh bangunan tidak diselenggara dengan sempurna," katanya.
Menurutnya, disebabkan tiada saluran pembuangan sampah di setiap blok menyebabkan penghuni membuang sampah-sarap di merata kawasan.
Beliau berkata, berikutan itu pihaknya akan mengadakan perhimpunan berhubung perkara itu di Lot 42960 Jalan Denai 2, Kempas Baru pada Khamis ini, pukul 2 petang.
Sementara itu, seorang penghuni Blok Sri Seroja flat berkenaan, Mustapha Kamal Ibrahim, 43, kesal kerana flat tersebut tidak diselenggara dengan sempurna oleh pihak berkenaan.
"Paling dikesali lifnya masih tidak berfungsi menyebabkan timbul masalah kepada pengguna terutama golongan tua," katanya.
Menurutnya, beliau difahamkan bahawa keseluruhan bangunan tersebut masih belum mempunyai CF walaupun telah diduduki lebih setahun lalu.

(JOHOR) Sidang Kongres Permuafakatan Melayu jadi tumpuan
UM 30/4/08
JOHOR BAHRU 29 April - Kesemua 300 ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Kongres Permuafakatan Melayu di sini pada 2 dan 3 Mei ini, berpeluang mengemukakan pandangan mereka pada Sidang Meja Bulat yang diadakan pada hari kedua kongres itu.
Ketua 1 Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md. Ali Hanafiah berkata, mereka diberi peluang berbicara mengenai pelbagai topik berkaitan Melayu selama 10 minit.
Menurutnya, sidang yang bermula pukul 8.30 malam itu dipengerusikan oleh Profesor Datuk Zainal Kling dan Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan daripada Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
"Jika bilangan mereka ramai maka sidang meja bulat itu akan dipecahkan kepada dua kumpulan untuk memberi peluang kesemua mereka menyampaikan pandangan masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kongres Permuafakatan Melayu yang akan disertai oleh 1,000 wakil daripada NGO itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.
Antaranya, ia disertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Anak Melayu Johor dan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar akan merasmikan konvensyen yang membabitkan pembentangan 15 kertas kerja membabitkan kedaulatan dan politik Melayu.
Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi kongres tersebut.
Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, resolusi itu akan diserahkan kepada Istana Johor secepat mungkin sebaik sahaja kongres itu selesai.
Beliau berkata, tujuannya agar semua pemimpin Melayu faham mengenai hak-hak Melayu agar mereka tidak diabaikan.

(JOHOR) PAS gesa Bernama mohon maaf
MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman Apr 30, 08 4:33pm
Pemuda PAS Johor mendesak agensi berita Bernama memohon maaf dan membetulkan laporannya yang mendakwa ketua pergerakan itu turut mengiringi seorang pelajar ke balai polis dalam kes hasutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.Ketua pergerakan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata Pemuda PAS negeri bersedia menyaman agensi berita nasional itu jika "permohonan maaf dan penjelasan secara terbuka tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari" mulai hari ini."Saya cukup terkilan kerana saya dan Pemuda PAS Johor telah dikaitkan secara langsung sehinggakan nama saya telah disiarkan tanpa mendapatkan maklumat terus daripada saya oleh wartawan Bernama," kata Khairul Faizi."Setelah berita ini disiarkan, saya telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak terhadap tindakan saya kerana (disalahanggap) telah mengiringi pelajar tersebut ke balai polis sedangkan perkara tersebut tidak ada kaitannya secara langsung dengan saya dan Pemuda PAS Johor."Bernama kelmarin melaporkan, pelajar kolej berumur 19 tahun menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, dalam laman web PAS Johor.Remaja itu yang dilaporkan diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS negeri yang diketuai Khairul Faizi tiba di balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, lapor agensi berita itu lagi, pelajar itu ke pejabat naib pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez pada 4 petang.Khairul Faizi semalam telah menafikan penglibatannya dan juga barisan pemimpin Pemuda PAS negeri.Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini selepas mengadakan sidang media di Johor Bahru hari ini, Khairul Faizi turut melahirkan rasa terkilan kerana pihak Bernama "langsung tidak memohon maaf atas kesilapan penyiaran maklumat" tersebut. Malah, tambahnya, agensi berita itu meminta beliau berhubung sendiri dengan naib pengerusi DAP negeri itu bagi mendapatkan penjelasan. Menurutnya lagi, agensi berita itu mendakwa kepadanya bahawa sumber maklumat itu daripada Fernandez sendiri.Menurut blog ketua Pemuda itu, turut hadir di sidang media tadi, ketua penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat, bendahari Pemuda PAS negeri Ruhaizam Abd Hamid dan exco pergerakan itu Za’aba Ibrahim.

(BAKRI) 'Bantu atasi gejala sosial'
BH 29/4/08
MUAR: Penghuni kawasan perumahan diingatkan supaya sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat setempat dalam usaha membantu pihak berkuasa menangani kes gejala sosial sama ada jenayah mahu pun maksiat. Pegawai Tadbir Agama Daerah, Ahmad Hanif Naim, berkata sikap memencilkan diri dan tidak gemar mengambil tahu hal berkaitan jiran boleh mendatangkan implikasi negatif, termasuk menyebabkan berlaku kes kecurian dan pecah rumah tanpa disedari. Malah, beliau berkata, tabiat jiran yang beranggapan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain dan enggan masuk campur hal yang tidak berkaitan dengan diri dan keluarga mereka, boleh mengundang perpecahan di kalangan masyarakat.
"Semangat kejiranan yang terjalin erat di kalangan penghuni perumahan boleh membantu menangani masalah gejala sosial selain mengeratkan silaturahim dan perpaduan. "Ini kerana penghuni dalam kawasan perumahan diibaratkan tinggal dalam sebuah kelompok keluarga yang besar dan memerlukan kerjasama antara satu sama lain, termasuk dalam menjayakan program berfaedah," katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Pembangunan Keluarga dan Menangani Gejala Sosial Peringkat Kawasan Perumahan Daerah Muar 2008, di Taman Tun Dr Ismail 5, Jalan Sungai Abong, di sini, baru-baru ini.
Sempena program itu, beberapa acara diadakan, termasuk pertandingan futsal dan badminton yang turut membabitkan kakitangan jabatan, menganyam ketupat dan mengupas kentang wanita serta pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika Kemas Sungai Abong. Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (Jaj), Yosree Ikhsan.

(KLUANG) Adun jumpa MB bincang isu tanaman
BH 29/4/08
KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Hoo Seong Chang, akan berjumpa Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, bagi mencari penyelesaian masalah yang dihadapi 26 pekebun di Kampung Gajah, yang mendakwa tanaman mereka akan dimusnahkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kluang. Pertemuan itu dijangka membincangkan kawasan baru sebagai ganti kerana tanah yang diusahakan pekebun itu ketika ini akan dibangunkan dengan projek pembangunan. Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah menghubungi pejabat Menteri Besar untuk membincangkan masalah itu dan mencari kaedah sesuai untuk menyelesaikannya.
Beliau berkata, beberapa kawasan sudah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai ganti tanah kebun sedia ada tetapi ia tidak boleh diumumkan bagi mengelak salah tafsiran oleh mana-mana pihak. Katanya, Hoo akan mengadakan perbincangan lanjut dengan penduduk mengenai kesesuaian kawasan yang akan dipilih itu. "Saya memandang serius perkara ini yang difahamkan sudah berlarutan agak lama dan saya sudah meminta YB Hoo (Hoo Seong Chang) untuk bertemu Menteri Besar selain mendekati serta berinteraksi dengan penduduk untuk menyelesaikan masalah ini.
"Masalah ini harus diselesaikan segera kerana kita tidak mahu ada pihak mengeksploitasinya sekali gus mencetuskan isu perkauman atau polemik politik," katanya. Baru-baru ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa tanaman milik 26 pekebun di Kampung Gajah, di sini akan dimusnahkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kluang. NGO berkenaan turut meminta Pejabat Tanah Kluang supaya tidak meneruskan arahan memusnahkan tanaman pekebun di tanah seluas kira-kira 18 hektar itu. Pertubuhan itu mendakwa jika tindakan itu diteruskan ia akan menyebabkan pekebun mengalami kerugian hampir RM1 juta kerana sudah mengusahakan tanah itu menerusi Projek Buku Hijau sejak 1968.
Walaupun Projek Buku Hijau ditamatkan pada 1992, pekebun di kawasan terbabit sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh untuk mengusahakan tanah itu, tetapi sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.

Langgan:
Catatan (Atom)