MYKMUJOHOR.COM
Written by Bagong Perkasa
Berikut merupakan teks asal bagi Usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Khas Umno Bahagian Batu Pahat Tahun 2008.
MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP UMNO DAN BARISAN NASIONAL
1. Menegaskan bahawa, keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu telah mengejutkan Barisan Nasional khususnya UMNO di mana :
1.1 Buat pertama kalinya dala sejarah negara, Barisan Nasional tidak memperolehi kemenangan 2/3 majoriti dalam Parlimen. Ia hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
1.2 Selain daripada Negeri Kelantan, kerajaan Barisan Nasional tewas di 4 buat negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Barisan Nasional hanya menang 1 kerusi daripada 10 kerusi parlimen yang dipertandingkan
1.3 Parti-parti komponen Barisan Nasional khasnya MCA, MIC, Gerakan dan PPP menerima tamparan hebat dengan kekalahan teruk di banyak kerusi yang ditandingi mereka. UMNO juga tidak terkecuali
1.4 Majoriti kemenangan calon-calon Barisan Nasional samada di kerusi-kerusi DUN mahu pun di kerusi-kerusi Parlimen sebilangan besarnya telah mengecil
1.5 Undi popular Barisan Nasional hanya 52% berbanding 48% di pihak pembangkang
1.6 Bahayanya seolah-olah kini UMNO dilihat bukan menjadi pembela rakyat yang berpaksikan kepada perlembagaan
2 Menginsafi bahawa reputasi dan imej UMNO kini telah tercalar, UMNO Bahagian Batu Pahat menyarankan agar satu tindakan drastik perlu dilakukan pimpinan UMNO.
3 Maka Mesyuarat Perwakilan Khas UMNO Bahagian Batu Pahat yang bersidang pada 26.4.2008 mengemukan usul-usul berikut
3.1 Mendesak Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, supaya menggunakan bidang kuasanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti untuk memanggil segera Perhimpunan Agung Khas UMNO Malaysia
3.2 Meminta Presiden Parti agar menyegerakan ‘Pelan Peralihan Kuasa’ sebelum bulan Disember 2008, termasuk menjelaskan kepada rakyat bentuk pelan peralihan kuasa tersebut.
3.3 Mendesak Presiden Parti supaya menyediakan segera ‘Pelan Pemulihan Parti’ terutamanya untuk menarik balik sokongan rakyat kepada UMNO.
3.4 Mendesak kepimpinan parti mengkaji secara terperinci punca kemarahan rakyat terhadap UMNO dan bertindak segera mengatasinya seperti tuduhan wujudnya penglibatan ‘keluarga’ dalam urusan pentadbiran negara.
3.5 Mendesak kepimpinan parti, supaya mengisi dan melaksanakan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertolak ansur terutamanya mengenai Islam dan hak orang Melayu.
Jumaat, 2 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan